KUALA LUMPUR:Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 yang ditangguh dua kali berikutan pandemik COVID-19 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh dari 1 hingga 10 Julai 2021.
Menurut Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam laman web www.asiahockey.org hari ini, tarikh baharu itu diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).
AHF menegaskan pemain yang lahir pada atau selepas 1 Jan 1999 layak mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang menjadi perlawanan kelayakan untuk Piala Remaja Lelaki Dunia 2021 di India.
Sebanyak 10 pasukan akan mengambil bahagian dalam kejohanan itu iaitu Malaysia, China, Taiwan, India, Jepun, Korea Selatan, Oman, Uzbekistan, Pakistan, dan tuan rumah Bangladesh.
Kejohanan itu pada mulanya dijadual diadakan pada 4 hingga 12 Jun, tetapi pada September lepas, ia ditunda ke 21 hingga 30 Jan 2021, sebelum AHF sekali lagi membuat keputusan untuk menangguh kejohanan itu ke satu tarikh susulan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 20 2020
Menurut Persekutuan Hoki Asia (AHF) dalam laman web www.asiahockey.org hari ini, tarikh baharu itu diluluskan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH). - Gambar fail
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Malaysian Tigress terima anugerah khas daripada AHF
Penghormatan kepada Malaysian Tigress atas dedikasi, usaha, kesanggupan dan kerjasama mereka menyertai kejohanan.
Arul Selvaraj gesa nasib ACT ditentukan segera
Setakat ini hanya tiga negara yang mampu mengesahkan penyertaan, sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.
Hoki Piala Remaja Asia 2020 diadakan pada Julai 2021
Kejohanan Piala Remaja Lelaki Asia 2020 akan diadakan di Stadium Hoki Nasional Maulana Bhashani di Dhaka, Bangladesh.
AHF ucap takziah atas pemergian Juriah Abdul Wahab
Badan pentadbir Asia itu kehilangan tokoh utama hoki yang telah melakukan sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tersebut di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.
AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.