PUTRAJAYA: Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berpelembagaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mohktar berkata pihaknya mengambil maklum serta menghormati keputusan itu yang dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik.
"Pun begitu, jika dilihat dari aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha untuk meruntuhkan rumah tangga," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selaras dengan hukum syarak, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.
"Ia sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, Seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan Seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan," katanya.
Mohd Na'im berkata kesemua peruntukan berkenaan secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras dengan kehendak syarak.
Beliau berkata pemansuhan itu juga tidak menjejaskan peranan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan agensi berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) untuk terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
Sehubungan itu, umat Islam terutama suami isteri diseru untuk berganding bahu bagi melaksanakan kewajipan masing-masing serta saling memperkukuh institusi keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah selain saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran Islam.
"Agensi hal ehwal agama bersama pertubuhan Islam dan pengurusan masjid diseru untuk memperhebat program pendidikan kepada masyarakat bagi menghayati kepentingan keutuhan sesebuah keluarga demi kehidupan sejahtera," kata Mohd Na'im.
Mahkamah Persekutuan pada 15 Dis lepas memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana ia tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara berkata panel hakim berpendapat bahawa seksyen itu adalah bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023

Beliau berkata selaras dengan hukum syarak, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan. - Gambar fail/Bernama

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.

18 bulan penjara, denda RM3,000 jika goda isteri orang di Sabah
Kes gangguan rumah tangga membabitkan orang ketiga bagi mereka yang beragama Islam juga boleh dikenakan hukuman tersebut.

Lelaki goda isteri orang masih boleh didakwa di Johor
Lelaki Islam yang menggoda isteri orang di Johor masih boleh didakwa dan dikenakan tindakan mengikut undang-undang syariah negeri berkenaan.

Hormati keputusan mahkamah mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang - Mohd Na'im
Semua pihak diseru menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang.

Lelaki goda isteri orang berdepan penjara tiga tahun di Terengganu
Mana-mana lelaki yang disabitkan kesalahan menggoda isteri orang di Terengganu berdepan denda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah Persekutuan mansuh undang-undang berkaitan goda isteri orang
Panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina.

Peruntukan Kanun Keseksaan jenayahkan lelaki goda isteri orang tidak berperlembagaan - Peguam
Seksyen 498 Kanun Keseksaan melanggar hak wanita bagi kesaksamaan di sisi undang-undang kerana ia hanya memberikan hak kepada suami untuk memulakan prosiding jenayah.