KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau percaya keputusan itu dibuat Mohamad Norza bagi menunaikan hasratnya, kerana sebelum ini dia pernah menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan.
"Tan Sri Norza sebelum ini ada buat keputusan untuk meletak jawatan, dan saya rayu supaya dia menimbang semula keputusan itu memandangkan Olimpik Paris sudah semakin hampir, saya percaya keputusan untuk meletak jawatan selepas Sukan Olimpik adalah sebagai menunaikan hasratnya sebelum ini, dan kita perlu hormati keputusan itu.
"Saya pasti Tan Sri Norza sudah membuat persediaan sewajarnya bagi memastikan walaupun dia tidak lagi bersama BAM, semuanya akan berjalan lancar, dan tidak memberi kesan kepada atlet," katanya kepada media selepas merasmikan Malaysian Children Hospice Festival di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun di sini hari ini.
Semalam Mohamad Norza berkata beliau akan meletakkan jawatan sebagai presiden BAM pada mesyuarat majlis seterusnya yang dijadualkan pada 24 Ogos, hanya dua minggu selepas Sukan Olimpik Paris 2024 dari 26 Julai hingga 11 Ogos.
Mohamad Norza berkata Timbalan Presiden I BAM Datuk V. Subramaniam akan berkhidmat sebagai pemangku presiden sehingga perhimpunan agung tahunan (AGM) akhir penggal semasa pada April hingga Jun, tahun depan bagi memilih pemegang jawatan baharu.
Sementara itu Hannah turut menyampaikan ucapan tahniah kepada pemain profesional Lee Zii Jia atas persembahannya yang mengagumkan dan mengucapkan selamat maju jaya pada perlawanan terakhirnya di Masters Malaysia hari ini.
Beliau berkata Majlis Sukan Negara (MSN) komited untuk membantu Zii Jia dan atlet lain yang layak dalam persediaan menghadapi Olimpik akan datang walaupun mereka tidak berada dalam program Road To Gold.
"NSC komited untuk membantu dalam beberapa cara yang akan saya umumkan nanti untuk persiapan ke Olimpik kerana mereka mewakili Malaysia. Itu yang kita mahu setiap atlet sama ada mereka disokong oleh MSN atau bebas asalkan mereka layak dan membawa bendera Malaysia.
"Kita berhasrat mencari jalan untuk membantu mereka, sama ada melalui perkhidmatan Institut Sukan Negara (ISN) atau menerusi bantuan kewangan bagi menyokong mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Festival Hospis Kanak-kanak Malaysia di Pusat Kreatif Kanak-kanak Tengku Bainun hari ini. - Foto Bernama

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

MOM ucap tahniah kepada Norza atas pelantikan sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
Majlis Olimpik Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia.

Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.

Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.

Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.

BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.