SAN FRANCISCO: Sudah tiba masanya kemerosotan dan hakisan terhadap aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa ditangani bagi memupuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif untuk semua, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
"Keamanan dan pembangunan saling berkaitan. Ketegangan geopolitik dan geoekonomi menyemarakkan lagi polarisasi. Kita sedang menyaksikan kemerosotan dan penghakisan multilateralisme serta penghormatan terhadap undang-undang antarabangsa.
"Ini terbukti menerusi peristiwa menakutkan yang dilihat berlaku di Gaza, dengan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak," katanya pada sesi Pleno Mesyuarat Menteri-menteri APEC ke-34 di sini pada Rabu.
"Kita tidak boleh selektif terhadap penderitaan manusia. Sikap tidak adil dan hipokrit mesti dihentikan.
"Untuk masa depan yang mampan, saksama dan inklusif buat semua, kita perlu membina kepercayaan, merapatkan jurang yang semakin meningkat, dan menangani isu asas yang melanda dunia termasuk konflik yang semakin meningkat yang memecahbelahkan kita," katanya.
Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti di Semenanjung Gaza yang mengakibatkan kini lebih 11,000 rakyat Palestin terbunuh, termasuk lebih 7,800 wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 29,000 yang lain cedera.
Zambry berkata pengajaran pahit daripada pandemik COVID-19 mendedahkan betapa rapuh rantaian bekalan global.
"Konflik di seluruh dunia memburukkan lagi keadaan. Penyelesaiannya bukan terletak pada usaha meningkatkan perlindungan dan langkah-langkah unilateral yang menghalang pembangunan sosio-ekonomi.
"Kita perlu memastikan rantaian bekalan global yang lebih berdaya tahan yang memberi manfaat kepada semua, dan bukan hanya segelintir kelompok," katanya.
Beliau turut mengambil peluang untuk mengetengahkan kenyataan bahawa Malaysia mengiktiraf kepentingan keselamatan siber dalam menjaga aspek kritikal Ekonomi Digital.
Beliau berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) telah ditugaskan untuk meningkatkan daya tahan negara terhadap cabaran semakin meningkat, diwujudkan oleh ancaman siber.
"Dalam usaha meningkatkan daya tahan keseluruhan Malaysia dan respons kepada ancaman siber yang semakin meningkat, Malaysia sedang berusaha untuk memperkenalkan Rang Undang-undang Keselamatan Siber.
"Apabila direalisasikan, rang undang-undang ini akan mengesahkan pendirian proaktif Malaysia dalam memperkukuh kapasitinya bagi menentang ancaman siber dengan berkesan, kerana ia memastikan keselamatan dan kestabilan negara," kata Zambry.
Beliau berkata Rang Undang-undang itu juga akan menggabungkan keupayaan untuk menjangka dan menyesuaikan diri dengan landskap teknologi digital yang berkembang. Dengan berbuat demikian Malaysia berhasrat meletakkan dirinya sebagai destinasi yang selamat dan boleh dipercayai untuk pelaburan domestik dan antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023

"Kita tidak boleh selektif terhadap penderitaan manusia. Sikap tidak adil dan hipokrit mesti dihentikan," kata Zambry. - Gambar fail/Bernama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Ketua PBB seru multilateralisme ‘lebih inklusif’ untuk tangani cabaran
"Kita menyaksikan institusi multilateral kita semakin uzur - tidak mampu menangani cabaran masa kini, apatah lagi cabaran masa depan." - Antonio Guterres

Hormati undang-undang antarabangsa, kemerosotan multilateralisme perlu ditangani
Tiba masanya kemerosotan dan hakisan terhadap aspek multilateralisme serta rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa ditangani.

China seru multilateralisme jitu dalam melawan COVID-19
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zhang Jun menyeru agar multilateralisme yang jitu dipraktikkan dalam perjuangan global melawan COVID-19 dan pemulihan pasca pandemik.

Malaysia gesa ASEAN, China bekerjasama tingkatkan multilateralisme, membaharui PBB - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata orde dunia berdasarkan multilateralisme adalah amat penting.

APEC2020: Sekretariat yakin SOM1 akan capai matlamat
Pengarah Eksekutif Sekrertariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria optimis SOM1 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, akan mencapai matlamatnya.

Malaysia ulangi seruan supaya PBB lebih inklusif pada Persidangan Tiergarten Jerman
PBB dan multilateralisme memerlukan seluruh negara yang bersependapat untuk menentang polarisasi, yang semakin menjadi-jadi beberapa tahun ini sejak Presiden Donald Trump mula bertugas, kata Liew.

Malaysia akan terus menyokong multilateralisme - Mustapa
Ia satu cara bagi negara, yang mengamalkan ekonomi terbuka dengan pasaran domestik yang agak kecil, untuk menangani cabaran semasa global dan memastikan pertumbuhan dan kestabilan jangka panjang.