GEORGE TOWN: Operasi di kesemua 10 buah hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara yang dibuka bagi menampung merawat pesakit COVID-19 ditutup sepenuhnya hari ini berikutan jumlah pesakit semakin berkurangan.
Hospital medan ATM terbabit ditutup secara berperingkat dengan yang terakhir membabitkan Hospital Medan ATM di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan Hospital Kepala Batas(HKB) di sini.
Panglima 2 Divisyen Mej Jen Datuk Muhammad Huzaimi Sabri berkata kedua-dua hospital medan dan ICU medan ATM itu ditutup selepas angka kes COVID-19 menurun dengan ketara hasil kejayaan dan keberkesanan langkah mitigasi serta program vaksinasi dalam kalangan rakyat hampir 80 peratus menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos.
"Objektif penubuhan hospital medan ATM adalah bagi membantu pihak hospital Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merawat pesakit COVID-19 yang mana penggunaan katil telah melebihi kapasiti 80 peratus ketika itu.
"Sepanjang tempoh pengoperasian ICU medan ATM di HKB iaitu bermula 28 Mei lepas, sebanyak 421 pesakit dirawat di 24 buah katil ICU di situ dengan 381 pesakit sembuh manakala kematian membabitkan 40 orang. Tiga pegawai dan 29 anggota ATM bertugas sepanjang tempoh tersebut," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Simbolik Penutupan Hospital Medan ATM Pulau Pinang, di HPP di sini hari ini.
Muhammad Huzaimi berkata bagi pengoperasian di HPP, sejumlah 499 pesakit menerima rawatan di situ sejak ia beroperasi bermula 24 Sept lepas dengan 449 orang sembuh manakala 50 lagi pesakit meninggal dunia.
Katanya, hospital medan ATM itu menempatkan lapan buah katil ICU dan 92 buah katil biasa dilengkapi kemudahan oksigen membabitkan dua pegawai serta 15 anggota ATM bertugas di situ.
"ICU medan HKB merawat pesakit COVID-19 tahap empat dan lima manakala di HPP tiga serta empat, ATM umumnya sentiasa komited dalam membantu negara menangani serta memutuskan penularan rantaian pandemik COVID-19, " katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata walaupun kesemua operasi hospital medan ATM ditamatkan namun pihaknya sentiasa bersiap sedia untuk membuka kembali operasi hospital berkenaan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian terutama terdapat peningkatan kes COVID-19 varian Omicron.
"Setakat ini ATM tidak menerima sebarang arahan untuk membuka kembali operasi hospital medan, kami sentiasa berada dalam keadaan siap sedia untuk menjalankan semula operasi hospital itu jika diperlukan," katanya.
ICU medan dibina menggunakan konsep hibrid iaitu empat kontena ATM digunakan untuk menempatkan 12 katil dan 15 katil lagi ditempatkan di empat buah khemah yang didirikan di kawasan parkir dalam HKB.
Manakala hospital medan ATM di HPP menempatkan sebanyak 100 katil bagi pesakit COVID-19 membabitkan 23 khemah siap dibina di kawasan seluas 2,300 meter persegi di tapak parkir hospital itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Hospital yang dibuka bagi menampung merawat pesakit COVID-19 ditutup sepenuhnya hari ini berikutan jumlah pesakit semakin berkurangan. - Facebook Hospital Medan ATM Pulau Pinang
Kotak hitam pesawat Jeju Air berhenti merakam 2 km sebelum landasan - Laporan awal
Menurut laporan itu, kotak hitam berhenti merakam pada 8.58.50 pagi pada 29 Dis, empat minit dan tujuh saat sebelum pesawat itu melanggar "localiser" berhampiran landasan.
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Kumpulan penyiasat serah laporan awal kepada PBB
Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas pesawat Jeju Air bulan lepas telah menyerahkan laporan awal kemalangan kepada agensi penerbangan PBB dan pihak berkuasa Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.
OP Bersepadu: had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerajaan akan melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lancar sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual yang punyai impak besar - PM Anwar
Menerusi perkongsian di platform media sosial, Anwar berkata, keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.
Selepas kebakaran, California kini diancam banjir, tanah runtuh
Selepas dilanda kebakaran hutan terburuk yang mengorbankan lebih 27 nyawa, California kini diancam hujan lebat dan bencana tanah runtuh.
UMNO cadang had umur anggota sayap puteri 40 tahun
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan juga sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincangkan serta diperhalusi secara mendalam.
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
944 pesakit COVID-19 terima rawatan di Hospital Medan di HSA - Hishammuddin
Sebanyak 944 pesakit telah menerima rawatan COVID-19 di Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru sejak mulai 21 Jun lalu.
Satu lagi Hospital Medan ATM di HTAR, Klang tangani kes COVID-19 di Selangor - TPM
Sebuah lagi Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
QDF sedia kerjasama dengan Malaysia bantu pelarian Rohingya
Beliau berkata QDF juga akan menyalurkan sumbangan AS$50 juta (RM209.62 juta) kepada Malaysia bagi membantu menguruskan pelarian Rohingya di Malaysia.
Malaysia sedia hantar pasukan pengaman ke Palestin
Penghantaran pasukan pengaman Malaysia ke Palestin hanya akan dilakukan jika PBB memerlukan pembabitan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi pengaman di negara bergolak.