PARIT BUNTAR: Masalah kekurangan pekerja, kestabilan tanah dan pandemik menjadi punca kelewatan projek pembinaan Hospital Parit Buntar yang sepatutnya siap pada Disember 2020.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata bagaimanapun, pembinaan itu kini mencapai 64 peratus dan dijangka siap pada 17 Mei 2023.
"Kontraktor sedang bertungkus lumus menyiapkannya sekarang sehingga waktu malam membabitkan lebih 150 pekerja malah mereka juga memberikan jaminan untuk menyiapkan projek bangunan empat tingkat itu mengikut jadual," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan mengejut ke tapak projek pembinaan hospital itu semalam.
Projek Hospital Parit Buntar bernilai RM136 juta itu dimulakan pada Jun 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022

Hospital Parit Buntar yang baharu sedang dalam proses pembinaan, kini mencapai 64 peratus dan dijangka siap pada Mei 2023. --fotoBERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Polis cari saksi kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan
Nahas dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terjatuh sendiri.

Hospital Parit Buntar dijangka siap 2023
Pembinaan itu kini mencapai 64 peratus dan dijangka siap pada 17 Mei 2023.

Empat jari tersepit dalam mesin proses kulit karipap
Empat jari tangan kanan remaja perempuan berusia 18 tahun tersepit di dalam mesin membuat kulit karipap.

Warga emas cedera dihempap pokok kelapa ditebang penduduk kampung
Pokok kelapa itu dikatakan ditebang penduduk kampung dan mangsa turut berada di lokasi untuk melihat kerja-kerja penebangan.

Dua beradik mati lemas dalam parit di Parit Buntar
Dua beradik ditemukan mati lemas dalam parit berhampiran rumah mereka di Kampung Kuala Bagan Tiang dekat sini, semalam.

Kerajaan tidak tanggung kos kelewatan Hospital Parit Buntar
Projek itu yang bermula pada 1 Jan tahun lepas sepatutnya siap menjelang 28 Dis 2020, namun kini berlaku kelewatan.

Mangsa nahas SUV di Lebuhraya PLUS dipercayai diseludup masuk - Polis
Polis percaya 14 warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS pagi tadi, cuba diseludup masuk ke negara ini.

Tangan tersepit mesin penggelek kertas
Seorang lelaki terpaksa menahan sakit lebih setengah jam selepas tangannya tersepit dalam mesin penggelek kertas di sebuah kilang pembungkusan.

Kerajaan tak ada lampu Aladin, gosok-gosok terus jadi - Zambry
Kerajaan tidak pernah menipu rakyat apabila melontarkan janji dan akan melaksanakan sesuatu projek pembangunan termasuk membina hospital-hosiptal baru di negeri ini.