Kerajaan berharap hospital swasta akan mengurangkan bayaran kos rawatan mereka bagi memastikan kadar bayaran yang dikenakan berada dalam ruang lingkup kemampuan para pesakit, selepas cukai perkhidmatan diketepikan kerajaan.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata oleh kerana kerajaan semasa tidak mengenakan cukai perkhidmatan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital swasta, beliau berharap pusat-pusat rawatan swasta dapat mengurangkan kos rawatan mereka.
"Kerajaan sebelum ini mengenakan enam peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST).
"Kami tidak mengenakan cukai itu kerana kita hendak membantu mereka yang memerlukan rawatan.
"Kerajaan hilang berbilion (ringgit) di sini, jadi kami harap ini akan dapat membantu dalam mengurangkan kos rawatan di pusat-pusat rawatan swasta," katanya kepada pemberita selepas melancarkan tiga perkhidmatan baru di Mount Miriam Cancer Hospital di sini pada Sabtu.
Turut hadir di acara hari ini ialah Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin, Anggota parlimen Bukti Bendera Wong Hon Wai dan Ketua pegawai Eksekutif Hospital Joan Lim-Choong.
Bagaimanapun Lim berkata sektor Pelancongan Perubatan ketika ini di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, dan beliau telah meminta supaya Dr Afif mengatur mesyuarat antara beliau dengan wakil-wakil hospital swasta di Pulau Pinang untuk berbincang mengenai rancangan masa depan mereka.
Katanya beliau berharap hospital-hospital swasta akan megurangkan kos rawatan kesihatan mereka, kerana beliau merasakan pihak hospital masih boleh peroleh keuntungan menerusi peningkatan jumlah pesakit yang datang mendapatkan perkhidmatan mereka.
"Sebaik sahaja anda meningkatkan jumlah kehadiran bagi pesakit, khususnya pesakit dari luar negara, ini akan membantu dari segi keuntungan yang diperoleh kerana kita juga sedang menghadapi saingan yang sengit dari negara-negara jiran dalam soal rawatan kesihatan ini.
"Walaupun dengan saingan sengit, Malaysia masih di maju hadapan di sebabkan kualiti perkhidmatan yang kita tawarkan, kemampuan kita, dan tempat yang paling sesuai untuk pulih," katanya.
Terdahulu Lim yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Air Putih melancarkan tiga perkhidmatan baru yang terdiri daripada CyberKnife Robotic Radiosurgery, Ambulatory Procedure Department (APD) dan mesin Pengimejan Resonans Magnet (MRI) bernilai RM25 million.
Lim berkata beliau gembira melihat Mount Miriam Cancer Hospital dapat memainkan peranannya dalam membantu orang ramai, khususnya dari kalangan pesakit yang tidak berkemampuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 28 2019

GUAN ENG: Kerajaan hilang berbilion (ringgit) di sini, jadi kami harap ini akan dapat membantu dalam mengurangkan kos rawatan di pusat-pusat rawatan swasta. - BERNAMA

CDU/CSU raih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman
Blok Kesatuan Demokratik Kristian dan Kesatuan Sosial Kristian (CDU/CSU) meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jerman selepas semua kawasan selesai dikira.

Bullish Aim, YTL Communications jalin usaha sama bangunkan infrastruktur fiber generasi baharu
Bullish Aim Group (BA Group) dan YTL Communications Sdn Bhd memeterai usaha sama strategik bagi membangunkan infrastruktur fiber bersama generasi baharu.
AWANI Ringkas: Laporan Ketua Audit Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Dua kanak-kanak maut dalam insiden letupan rocket-propelled grenade di wilayah Siem Reap, barat laut Kemboja, kata ketua pembersihan periuk api pada Ahad.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.
Kempen vaksinasi polio besar-besaran di teruskan di Gaza
Tindakan kecemasan ke atas wabak polio di Semenanjung Gaza diteruskan dengan kempen vaksinasi besar-besaran dijadualkan diadakan dari 22 hingga 26 Februari 2025.
Trump yakin konflik akan berakhir awal minggu ini
Jurucakap White House, Karoline Leavitt pada Sabtu berkata Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Russia bagi menamatkan konflik Ukraine. Beliau juga berpandangan krisis yang berlarutan selama tiga tahun itu boleh berakhir seawal minggu ini.

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara Laut Caspian.
Zelenskyy sedia undur sebagai presiden demi NATO
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy sedia berundur daripada jawatannya sebagai pertukaran damai dalam perang oleh Rusia ke atas negaranya selain keanggotaan Ukraine ke dalam NATO.
[TERKINI] Sanusi lepas bebas kes hasutan kait Agong ke-16
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menghasut berkaitan kenyataannya mempersoalkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai titah Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah berhubung penubuhan kerajaan perpaduan, dua tahun lalu.

Kementerian kerjasama dengan syarikat penerbangan tawar harga tiket berpatutan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan tempatan bagi menawarkan harga tiket penerbangan yang berpatutan ke seluruh negara.

Hospital swasta digesa jadikan kos rawatan lebih berpatutan
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berharap pusat-pusat rawatan swasta dapat mengurangkan kos rawatan mereka.