TANJONG KARANG: Hospital Tanjong Karang yang baharu beroperasi sejak Oktober tahun lepas bakal mempunyai 10 jenis khidmat kepakaran bagi memberi rawatan kepada para pesakit, yang akan diperkenalkan secara berfasa, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata ia terdiri daripada pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.
Katanya sejak Hospital Tanjong Karang yang kini berstatus hospital pakar minor mula beroperasi, RM1.5 juta kos penghantaran pesakit dari Hospital Tanjong Karang ke hospital pakar lain dapat dijimatkan, melibatkan anggaran 3,000 kes rujukan pesakit.
"Dengan status baharu sebagai hospital pakar minor, diharap ia dapat mengurangkan jumlah kes yang dirujuk ke Hospital Sungai Buloh," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang yang dirasmikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Mengulas berhubung kekurangan doktor gigi dalam perkhidmatan kesihatan, Dr Zaliha berkata kementeriannya akan terus meningkatkan usaha menempatkan lebih ramai penempatan bagi doktor gigi di fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan kehadiran pesakit.
"Khususnya untuk (penempatan) doktor gigi, sebenarnya kita ada penambahan contohnya pada 2021, kita ada 154 orang doktor. Pada 2022 kita tambah seramai 477 doktor gigi, ia hampir tiga kali ganda (peningkatan)," katanya.
Dr Zaliha berkata pihaknya menggunakan pelbagai pendekatan bagi mengatasi masalah kesesakan antaranya menerima pesakit secara walk-in (pandu lalu) ke klinik pergigian, dan bakal memperkenalkan klinik pergigian komuniti yang diperhalusi secara menyeluruh.
Ditanya mengenai titah Sultan Selangor mengenai waktu menunggu yang terlalu lama di bahagian kecemasan hospital seluruh negeri itu, Dr Zaliha berkata Kementerian Kesihatan telah merangka beberapa langkah untuk mengatasi masalah berkenaan.
Katanya ia termasuk melakukan audit kepada pihak berkaitan termasuk pengarah hospital bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi, selain turut bercadang mewujudkan lodging wad yang berfungsi menempatkan pesakit sementara untuk menunggu proses keluar hospital (discaj).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah (tiga, kiri) bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin (dua kanan) membuat lawatan selepas Majlis Perasmian Hospital Tanjong Karang hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri KDN puji permohonan maaf tiga penyampai radio
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata insiden yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua untuk sentiasa berhati-hati dan menjadi sensitiviti kaum di negara ini.
Isu 3R: Jangan sebar kenyataan hina, persenda agama di media sosial - Aaron
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang memberi amaran keras kepada semua pihak agar tidak mengulangi perbuatan menyebarkan kenyataan berbentuk provokasi, penghinaan dan mempersendakan agama di platform media sosial.

EU setuju laksana secara berperingkat EES untuk tingkat keselamatan sempadan
EES akan merekodkan secara digital data masuk dan keluar para pelancong, termasuk butiran pasport, cap jari, dan imej muka.
Isu 3R: Kertas siasatan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya, hari ini - MCMC
Kertas siasatan berhubung satu video yang didakwa mempersendakan agama Hindu, yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA FM akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
Warga MARA perlu jadi pemikir strategik, pemangkin perubahan - TPM
Warga Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu kembali menghayati asas penubuhan agensi itu dengan berperanan sebagai pemikir strategik dan pemangkin perubahan bagi memastikan perjuangan Bumiputera kekal relevan dan berdaya saing.
Sidang Parlimen: Isu e-waste, penanaman padi tumpuan hari terakhir
Isu penyeludupan sisa buangan elektrik dan elektronik (e-waste), lonjakan harga produk berasaskan kelapa dan sistem penanaman padi perennial antara tumpuan hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15, hari ini.
Nasib Eda Ezrin, suami dan empat rakan diketahui hari ini
Mahkamah Narathiwat menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia apabila nasib penyanyi 'Bea Sobar Bea' Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, suami serta empat rakannya akan diputuskan pada Khamis.
Bongkah ais terbesar dunia kandas di pulau terpencil Britain
Bongkah ais terbesar di dunia terkandas di perairan cetek berhampiran pulau terpencil Georgia Selatan, Britain, yang menjadi habitat kepada berjuta-juta penguin dan anjing laut.
“Kami bukan untuk dijual” - PM Greenland tolak Trump
Perdana Menteri Greenland, Mute Egede, menegaskan bahawa rakyat Greenland akan menentukan masa depan mereka sendiri dan tidak mahu menjadi warganegara Denmark mahupun Amerika Syarikat.
Beliu memberi kenyataan ini sebagai reaksi terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Greenland sebahagian daripada Amerika Syarikat.
Beliu memberi kenyataan ini sebagai reaksi terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Greenland sebahagian daripada Amerika Syarikat.
Ketua tentera baharu Israel ambil alih di tengah krisis
Israel melantik ketua baharu angkatan tenteranya pada Rabu ketika ketegangan terhadap gencatan senjata di Gaza semakin meningkat.
Situasi ini meningkatkan risiko pertempuran berulang tanpa persetujuan untuk membawa pulang baki tebusan yang masih ditahan oleh Hamas.
Situasi ini meningkatkan risiko pertempuran berulang tanpa persetujuan untuk membawa pulang baki tebusan yang masih ditahan oleh Hamas.

Bayi perempuan dijumpai di belakang rumah belum siap
Jiran yang mendengar suara tangisan itu terkejut apabila menemui bayi masih bertali pusat kira-kira jam 1.40 pagi.

Hospital Tanjong Karang bakal miliki 10 jenis khidmat kepakaran
Ia a terdiri daripada pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial.

Tiga lelaki halang tugas penjawat awam ditahan
Lelaki berusia 17, 21, dan 35 tahun itu ditahan pada Rabu bagi membantu siasatan lanjut.

Hospital Tanjong Karang mula beroperasi 10 Oktober ini
Hospital Tanjong Karang diharap mampu memberikan perkhidmatan yang lebih baik terutamanya dalam menampung keperluan semasa.

Penghantar makanan maut rempuh belakang lori
Pelanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lelaki ditemui mati dalam lori
Polis menerima laporan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan itu pada jam pada jam 9.20 pagi.

Bangunan baharu Hospital Tanjong Karang dijangka siap November 2020
Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata kerja-kerja menanam cerucuk sudahpun bermula pada tapak projek pembinaan yang tertangguh sejak sedekad lepas.