SEBUAH hotel di China yang dibina mengelilingi tapak kandang beruang kutub utara untuk dinikmati para pengunjung, menerima kecaman hebat daripada persatuan pencinta alam.
Setiap bilik di Harbin Polar Land yang terletak di utara China, menghadap kandang tersebut.
Para pengunjung juga diberitahu, beruang kutub utara berkenaan merupakan jiran mereka "24 jam sehari".
Rakaman video yang diambil tetamu hotel menunjukkan beruang berkenaan, yang kini terancam, ditempatkan dalam kandang dibawah sinaran lampu cerah dikelilingi batu dan isikel palsu dengan lantai yang dicat putih.
Persatuan hak asasi haiwan mengecam hotel berkenaan dan menggesa orang ramai untuk tidak mengunjungi pusat yang mengaut keuntungaan ke atas penderitaan haiwan.
"Beruang kutub utara perlu berada di Kutub Utara, bukan dalam zoo atau kotak kaca seperti akuarium dan tidak sama sekali dalam hotel," tegas Naib Presiden Persatuan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia, Jason Baker.
Harbin terkenal dengan pesta ukir ketulan ais dan hotel berkenaan menyerupai igloo gergasi. Atapnya pula dihiasi dengan ais tiruan.
Hotel berkenaan turut menerima kecaman daripada netizen di media sosial yang menyatakan hotel tersebut adalah penjara bagi beruang kutub utara itu.
Jurucakap Rangkaian Perlindungan Haiwan China yang tidak ingin dikenali memberitahu AFP, undang-undang perlindungan hidupan liar di China sangat longgar.
Sebelum ini kerajaan China mengharamkan pengambilan haiwan liar untuk dimakan selepas virus COVID-19 dikatakan berpunca daripada sebuah pasar yang menjual haiwan tersebut di Wuhan.
Astro Awani
Tue Mar 16 2021

Seekor beruang kutub utara di hotel yang baru dibuka di Harbin. - REUTERS
Majma Fest tawar juadah berbuka dan keperluan Raya
Berlangsung di Kompleks Islam Sarawak, tumpuan utama Majma Fest adalah jualan pelbagai pilihan juadah berbuka puasa dan barangan keperluan Hari Raya
Persiapan kelengkapan Ramadan tidak dapat diselamatkan
Barangan kelengkapan Ramadan tidak boleh diselamatkan susulan api marak dengan cepat.
Kerajaan cari jalan terbaik bantu mangsa kebakaran di Likas
Kerajaan Sabah bersama pihak dan agensi yang berkaitan akan berusaha mencari jalan terbaik untuk membantu mangsa kebakaran di Kampung Cempaka, Likas pada Sabtu lepas.
Satu lagi bom tinggalan Perang Dunia Kedua di Sabah dimusnahkan
Bahan letupan jenis lama 'Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb' yang dipercayai masih aktif, dimusnahkan dengan tiga kali letupan secara berperingkat mulai jam 11.55 pagi hingga 1.25 tengah hari semalam.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Dalitta Dally jadikan rumahnya PPS, bantu penduduk terjejas
Setiap kali juga banjir di Paitan, Sabah Ketua JKKK, Dalitta Dally membuka pintu rumahnya kepada mangsa yang terjejas.
AWANI Borneo [3/3/2025] – Kebakaran di Likas | 16 arahan kerja | Persiapan Ramadan & Aidilfitri
AWANI Borneo Isnin, 3 Mac 2025 bersama Jasmine Abu Bakar.
Kebakaran Likas, persiapan kelengkapan Ramadan tidak dapat diselamatkan
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di utara Sabah.
Majma Fest tawar juadah berbuka dan keperluan raya.
Kebakaran Likas, persiapan kelengkapan Ramadan tidak dapat diselamatkan
KKR lulus RM47.45 juta baik pulih Jalan Persekutuan di utara Sabah.
Majma Fest tawar juadah berbuka dan keperluan raya.
ASEAN 2025 | 3 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus
1. Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
2. Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
3. Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus

Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025
RUU yang dibentangkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.

Hotel beruang kutub utara di China dikecam
Sebuah hotel di China menerima kecaman hebat daripada persatuan pencinta alam.