PUTRAJAYA: Industri perhotelan di Kuala Lumpur memerlukan hampir 7,000 tenaga kerja untuk berkhidmat dalam sektor itu, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Beliau berkata di Wilayah Persekutuan sahaja terdapat 175 hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya merangkumi 146 di Kuala Lumpur, 22 di Labuan dan tujuh di Putrajaya.
"Isu kekurangan tenaga kerja memberikan impak besar terhadap sektor perhotelan sejak pandemik COVID-19 melanda negara kerana ada kakitangan berhenti kerja dan ada yang ditamatkan khidmatnya.
"Perkara ini perlu dibincangkan dengan beberapa kementerian dan saya juga akan berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berhubung masalah ini," katanya.
Jalaluddin berkata demikian pada sidang media selepas sesi bersama pengusaha hotel di Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa bagi membincangkan isu berkaitan industri perhotelan dan mekanisme untuk menggalakkan semula sektor itu.
Katanya antara perkara dibangkitkan ialah caj tarif elektrik yang tinggi, isu berkaitan permohonan dan pembaharuan sijil halal, prosedur operasi standard yang belum jelas serta harga bufet Ramadan yang agak tinggi.
Beliau berkata isu premis Airbnb dan premis penginapan lain yang tidak berdaftar turut dibangkitkan dalam sesi itu yang memberikan persaingan sengit kepada industri perhotelan.
"Di Kuala Lumpur, tidak kurang daripada 11,000 premis Airbnb dan premis lain dijadikan penginapan pelancong yang jelas memberi kesan kepada sektor perhotelan. Perkara ini juga akan dibincangkan dengan pihak berkaitan berhubung tindakan seterusnya," katanya.
Berhubung isu harga bufet Ramadan, Jalaluddin berkata pihak pengusaha hotel juga bersetuju mengkaji semula kadar yang ditetapkan supaya lebih sesuai dan boleh diterima masyarakat.
Katanya pihak hotel juga boleh mengemukakan diskaun tempahan awal bufet Ramadan bagi menarik lebih ramai pelanggan atau pelancong untuk menikmati juadah berbuka puasa.
Antara pihak yang hadir pada sesi itu ialah wakil Persatuan Pemilik Hotel Malaysia dan Persatuan Hotel Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Jalaluddin berkata isu kekurangan tenaga kerja memberikan impak besar terhadap sektor perhotelan sejak pandemik COVID-19 melanda negara. - Foto BERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Penerbangan terus dari luar ke Langkawi belum banyak - Sanusi
Penerbangan terus dari luar ke Langkawi yang masih belum banyak menjadi antara faktor kehadiran pelancong semakin merosot ke pulau peranginan itu.

Opero Hotel Southkey perkenalkan kad keahlian Circulo, hargai pengunjung setia
Dalam mendepani cabaran perkembangan pesat industri perhotelan di negara ini, pengusaha perlu bijak dalam menginovasikan perniagaan mereka bagi menarik hati pengunjung.

Hotel di Kuala Lumpur perlukan hampir 7,000 kakitangan - Jalaluddin
Industri perhotelan di Kuala Lumpur memerlukan hampir 7,000 tenaga kerja untuk berkhidmat dalam sektor itu, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

'Kolam renang hotel tidak sesuai'
Isu keselamatan akan berbangkit sekiranya kolam hotel digunakan untuk mengajar murid berenang.