SANDAKAN: Sebuah hotel di Sandakan di sini menjadi hotel pertama di negara ini menawarkan pakej penginapan dengan harga Rahmah sepanjang Ramadan akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Beliau berkata tawaran Pakej Rahmah dalam perkhidmatan perhotelan itu juga secara langsung dapat mempromosikan industri pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa mahupun tempatan.
"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mengembangkan inisiatif Rahmah itu kepada perkhidmatan lain.
"Jelajah Rahmah ini nampaknya bukan sahaja setakat menu makanan, kafe dan jualan, tetapi akan pergi kepada perhotelan, perbankan, insurans, dan banyak lagi saya akan buat untuk libat urus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pakej Rahmah oleh Hotel The Elopura di sini hari ini.
Menurut Salahuddin, menerusi pakej itu hotel tersebut menawarkan potongan 20 peratus daripada harga penginapan sepanjang Ramadan ini dan makanan sahur secara percuma.
Katanya potongan 20 peratus penginapan itu dipanjangkan lagi selama seminggu selepas Ramadan dengan sarapan percuma.
Terdahulu, ketika melancarkan Menu Rahmah di Pasaraya Mydin Sandakan dekat sini, Salahuddin berkata berdasarkan maklum balas daripada peniaga menyertai inisiatif itu, Menu Rahmah telah dijadikan sebagai daya penarik pelanggan untuk datang ke premis mereka.
"Dengan itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan melalui kuantiti jualan yang dapat menampung pengurangan margin sekali gus bersama-sama dalam usaha kebajikan bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Menurut Salahuddin, sebanyak 1,531 premis perniagaan di seluruh negara telah berdaftar dengan KPDN bagi menyertai inisiatif itu.
"Tiada paksaan. Mana-mana peniaga boleh mendaftar dengan KPDN secara percuma untuk kami bantu mempromosikan mereka lagi, asalkan menunya lengkap nutrisi dan ditawarkan pada harga RM5 ke bawah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023
Menerusi pakej itu hotel tersebut menawarkan potongan 20 peratus daripada harga penginapan sepanjang Ramadan ini dan makanan sahur secara percuma. - Foto BERNAMA
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan
Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
9 negara, termasuk Malaysia, akan berhimpun di The Hague
Sembilan negara, termasuk Malaysia, akan bersidang di The Hague bagi membincangkan komitmen bersama dalam menegakkan undang-undang antarabangsa, menangani ancaman terhadap Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan mempertahankan hak rakyat Palestin.
Teknologi: Itali sekat aplikasi AI China Deepseek
Pihak berkuasa perlindungan data Itali, Garante, menyekat akses kepada model kecerdasan buatan (AI) dari China, DeepSeek, kerana kekurangan maklumat mengenai penggunaan data peribadi pengguna.
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Kekejaman zionis: Hamas bebas 3 tebusan, Israel lepas 110 tahanan
Hamas membebaskan tiga warga Israel dan lima rakyat Thailand yang dijadikan tebusan di Gaza pada Khamis.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kementerian Luar Thailand menerima pengesahan daripada Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv bahawa lima rakyatnya yang ditahan di Gaza telah dibebaskan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan di Facebook, kementerian itu memaklumkan bahawa kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, kementerian itu memaklumkan bahawa kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah 2023 diagih kepada 50,054 penerima - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan lebih RM13 juta hasil kutipan fidyah pada 2023 kepada 50,054 penerima yang layak sepanjang tahun lepas.
Anjung Syawal FRP 2025: Kembali dengan keunikan gabungan tradisi, moden
Bazar Aidilfitri terbesar di Lembah Klang, Anjung Syawal Festival Ramadan Putrajaya (FRP) 2025, bakal kembali untuk tahun ke-13 dengan menyediakan hampir 300 lot niaga sempena Ramadan tahun ini.
Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.