KUALA TERENGGANU:Resort empat bintang milik kerajaan negeri Terengganu yang terletak di Pulau Duyong itu mula membuka operasi gerai itu berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini pada Khamis lepas yang menawarkan aneka lauk berbeza setiap hari antaranya ayam goreng berempah, ikan goreng, gulai lemak ikan masin bersama nanas, sayur goreng, sambal telur dan sambal tenggiri limau.
Pengurus Besar DMR Wan Mohd Faizul Wan Abas berkata ia adalah satu langkah drastik dan proaktif DMR agar tidak terlalu bergantung kepada perniagaan teras iaitu jualan bilik penginapan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 ketika ini.
"Dalam situasi terkini begitu banyak hotel dan resort terpaksa gulung tikar akibat tidak mampu bertahan mengharungi kegawatan ekonomi, kita tidak mahu perkara sama berlaku terhadap DMR sehingga ada risiko pekerja dibuang.
"Sebab itu, kita buka gerai nasi bajet ini untuk menyuntik motivasi dalam kalangan 156 pekerja bahawa pihak pengurusan tidak 'lepas tangan atau berpeluk tubuh' sahaja dalam menghadapi situasi ekonomi yang mencabar ini, sebaliknya kita terus bersama-sama bekerja demi kelangsungan DMR," katanya ketika ditemui pemberita di gerai tersebut hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Faizul berkata gerai nasi bajet itu juga memberi peluang kepada golongan B40 serta mereka yang terjejas berikutan pandemik COVID-19 untuk menikmati makanan yang lazat dan berkhasiat pada harga yang sangat murah.
"Selain itu, DMR turut mengalu-alukan mana-mana syarikat korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang berminat mahu menyumbang nasi bajet ini kepada mana-mana pihak memerlukan termasuk petugas barisan depan sebagai menghargai jasa mereka," katanya.
Tinjauan Bernama mendapati orang ramai mula beratur seawal 11 pagi untuk membeli nasi bajet yang disediakan resort itu dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dipantau pengawal keselamatan DMR.
Ditanya mengenai persepsi negatif sesetengah pihak bahawa gerai nasi bajet DMR itu hanya akan menyebabkan lebih banyak persaingan kepada peniaga kecil-kecilan yang lain, Wan Mohd Faizul berkata perkara itu kurang tepat kerana ia bukanlah satu-satunya strategi DMR dalam menjana pendapatan ketika ini.
"Selain gerai ini, jualan makanan lain daripada DMR seperti ayam panggang marina tetap berjalan seperti biasa dengan kaedah 'Cash on Delivery' atau bawa pulang.
"Malah, kami turut mengadakan jualan promosi harga pakej penginapan beli satu percuma satu yang akan berakhir 18 Feb ini untuk mempelbagaikan sumber kewangan DMR. Pendapatan daripada gerai nasi bajet ini tidak sampai 10 peratus pun untuk DMR," katanya sambil memaklumkan gerai nasi bajet itu tidak akan kekal, sebaliknya akan dihentikan apabila industri pelancongan mula pulih seperti sediakala.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 06 2021
Pengurus Besar Duyung & Marina Resort (DMR), Wan Mohd Faizul Wan Abas memegang poster nasi bajet RM3 bagi menarik perhatian orang ramai untuk singgah di gerai nasi bajet di Jambatan Sultan Mahmud, hari ini. - BERNAMA
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
22 pelajar SMK Guntong sakit perut, muntah-muntah selepas bersarapan
Sebanyak 22 pelajar SMK Guntong, Setiu sakit perut dan muntah-muntah selepas bersarapan di sebuah resort di Setiu.
Tujuh maut, termasuk kanak-kanak serangan di sebuah resort
Polis menemui mayat tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun di premis berkenaan.
Resort bernilai RM19 juta kini jadi pondok agama warga emas
Resort yang cukup dikenali satu waktu dahulu telah berubah menjadi pondok pengajian agama warga emas.
Felda urus resort milik TM
Perkembangan tersebut sekali gus meluaskan lagi pegangan Felda dalam industri perhotelan di negara ini.
Tangan kanak-kanak tersangkut paip PVC ketika mandi kolam
Mangsa dipercayai memasukkan tangan ke dalam paip sepanjang satu meter itu.
Pharrell Williams bakal buka resort mewah di Bahamas dikenali 'Somewhere Else'
Penyanyi rap dan mogul industri muzik itu akan bekerjasama dengan David Grutman, iaitu usahawan terkenal di Miami.
Ibu, anak lelaki 4 tahun ditemui lemas di kolam renang
Mangsa, Leong Choy Kee, 34, bersama anak lelakinya, Ng Ho Jun, 4, ditemui di dasar kolam oleh pengunjung lain yang ingin menggunakan kemudahan rekreasi itu, kira-kira jam 1.45 petang.
Bencana: 3 diselamatkan, 1 masih hilang akibat kepala air di Gunung Jerai
Tiga lelaki selamat manakala seorang lagi masih gagal dikesan selepas terperangkap dalam kejadian fenomena kepala air di atas Gunung Jerai di sini, hari ini.
COVID-19: Perancis mula guna pas khas, bolehkan rakyat gerak bebas
Pas khas ini diwajibkan bagi mereka yang ingin berkungjung ke bar, restoran, pusat membeli-belah, atau menaiki kereta api dan pesawat.
Duta Ukraine ke Thailand meninggal dunia di resort
Andrii Beshta, 44 tahun, diisytiharkan meninggal dunia di Koh Lipe, Thailand.