Hotel dan premis penginapan yang mempunyai lima bilik ke atas wajib berdaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sebelum 31 Ogos ini bagi pelaksanaan cukai pelancongan bermula 1 Sept depan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Subromaniam Tholasy.
Beliau berkata setakat ini 4,000 hotel dan premis penginapan telah berdaftar dengan jabatan itu dan masih terdapat kira-kira 10,000 belum berbuat demikian, dipercayai sengaja melengah-lengahkan pendaftaran.
Bercakap kepada pemberita di prapelancaran Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia di sini hari ini, Subromaniam berkata pihaknya tidak akan memberikan tempoh tangguh, justeru pengusaha hotel dan penginapan yang berkenaan perlu mendaftar segera secara dalam talian di portal JKDM.
"Pihak kastam akan membantu mereka berdaftar dengan melawat premis itu melalui program 'Hand Holding' mulai minggu depan.
"Kalau ada masalah, telefon kastam dan kita boleh turun ke premis anda untuk bantu mendaftar. Jangan cari alasan dan melengahkan pendaftaran," tegasnya.
Pada 26 Julai lalu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada membayar cukai bagi semua kategori hotel manakala cukai terhadap pelancong asing akan dikenakan pada kadar RM10 semalam bagi satu bilik mulai 1 Sept ini.
Ditanya mengenai pendaftaran motel dan inap desa, Subromaniam berkata pada dasarnya pihak inap desa bersetuju untuk berdaftar tetapi mempunyai beberapa isu teknikal yang perlu diselesaikan dan pihak kastam akan mengadakan perbincangan dengan wakil inap desa pada 28 Ogos ini.
"Bagi motel pula, mereka tidak dapat memberi data penuh. Tetapi mengikut undang-undang, sesiapa yang ada lima bilik dan ke atas tanpa mengira penarafan bintang perlu berdaftar," katanya.
Subromaniam bagaimanapun berkata buat masa ini pihaknya tidak akan bersikap agresif terhadap pengusaha yang gagal berdaftar selepas tarikh akhir sebaliknya mahu mereka bekerjasama dengan JKDM.
Mengulas penahanan enam pegawai kastam baru-baru ini yang dipercayai membantu kumpulan kongsi gelap menyeludup dadah ke negara ini, beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan dalaman selain menunggu siasatan polis selesai.
Pada masa sama beliau menegaskan Malaysia bukan negara transit untuk kegiatan penyeludupan sekalipun JKDM mencatatkan banyak kes rampasan, khususnya kebelakangan ini.
Sebaliknya kata beliau kejayaan itu hasil kerjasama erat JKDM dengan agensi perisikan dalaman dan luar negara selain maklumat awam dan perisikan dalaman.
"Saya ingin tegaskan oleh kerana, kita melakukan rampasan banyak di Malaysia, tidak semestinya Malaysia adalah negara transit. Ada negara dekat dengan kita tahu perkara ini, tetapi dia tidak melaporkan atau mengambil tindakan. Jadi, kita tahu perkara itu dan ambil tindakan," katanya.
Mengenai Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia, Subromaniam berkata program tahunan itu dianjurkan Persatuan Pegawai Kanan Kastam dan akan diadakan pada 20 Jan tahun depan bagi mengutip sumbangan yang disasarkan kira-kira RM100,000 untuk disalurkan kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia.
Acara kayuhan sejauh lapan kilometer itu akan berlangsung serentak di 14 lokasi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 12 2017

Subromaniam ketika ditemui pada Program KAK1M sempena sambutan Kastam Sedunia kali ke-34 di Putrajaya hari ini. Turut sama Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan), Datuk Hasnol Zam Zam Ahmad. -- fotoBERNAMA

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.

Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.

Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.

Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.

Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.

'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.

Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.

Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.