IPOH: Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How tampil membuat permohonan maaf berhubung dakwaan ke atas dirinya yang membuat tafsiran al-Quran selepas isu itu menjadi tular di media sosial sejak seminggu.
Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu bagaimanapun berkata tindakannya itu bukan menafsir sebaliknya hanya memetik ayat al-Quran sebagaimana yang dimaklumkan pihak yang lebih arif kepadanya terlebih dahulu.
Menurutnya beliau secara peribadi akan merujuk kepada mana-mana pihak yang lebih arif sebelum membuat sebarang kenyataan atau ulasan berhubung perkara yang bukan dalam bidang mahupun kepakarannya.
“Dalam konteks video yang tular ini, saya bukan sahaja buat kajian malah saya ‘bertalaqi’ dan bermuzakarah dengan beberapa orang yang alim, dan ustaz, baru saya akan beri pandangan. Apatah lagi untuk menyuarakan dan juga mengulas dan merakamkan dalam bentuk video.
“Jadi, sekali lagi saya (tekankan bahawa saya) tidak tafsir (ayat al-Quran, sebaliknya) saya hanya memetik dan menukilkan apa yang telah dicadangkan dan diajarkan pihak yang alim dan arif dalam perkara tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang media di Pusat Komuniti Parlimen Ipoh Timur di Jalan Pasir Puteh, di sini, pada Selasa.
Howard tampil membuat permohonan maaf itu selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini sekitar jam 2 petang.
Pada masa sama, beliau turut memohon maaf daripada mana-mana pihak bukan Islam lain yang didakwa turut pernah memetik ayat-ayat al-Quran dalam konteks politik termasuk daripada Dewan Himpunan Pendukung Pas (DHPP) dan Parti Gerakan.
Namun, Howard menyatakan kesangsian terhadap pendirian Pas yang pernah menggalakkan golongan bukan Islam untuk menyelami makna ayat-ayat al-Quran sewaktu pernah bersama dalam Pakatan Rakyat, sebelum ini.
“Saya sangsi atas mengapa dahulunya sewaktu DAP dalam satu wadah dengan Pas boleh sahaja, malah digalakkan untuk belajar, mendalami, maksud dan ‘maqasid’ di sebalik al-Quran, namun sekarang pula tak boleh.
“Saya juga sangsi mengapa anggota DHPP boleh sahaja lafaz dalam bahasa Arab iaitu bahasa asal al-Quran. Tetapi saya yang tak tafsir, bukan lafaz dalam bahasa Arab pula diserang bertubi-tubi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mendedahkan ada menerima kecaman di media sosial miliknya sehingga melibatkan ancaman mati terhadapnya.
Walau bagaimanapun katanya beliau enggan melayani perkara berkenaan dan menganggap ia sekadar ugutan tidak serius yang dilontarkan oleh pengguna akaun palsu.
Selain itu Howard turut berterima kasih kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang meminta beliau untuk tidak mengulangi perbuatan sama pada masa hadapan.
Sebelum ini isu berkenaan Howard mendapat pelbagai reaksi terutama daripada pemimpin Pas yang menyifatkan Howard sebagai mahu cuba menimbulkan provokasi.
Ia apabila Howard didakwa mendakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran iaitu ayat 59 surah an-Nisa berhubung mentaati ‘ulil amri’ yang disamakan dengan kerajaan di waktu ini menerusi satu video di TikTok milknya.
Ketua Pemuda Pas Perak Hafez Sabri dilaporkan berkata, penafsiran yang didakwa dibuat Howard menerusi video itu disifatkan dangkal serta mengandungi unsur provokasi melampau terhadap kesucian agama Islam.
Amirrul Rabbani
Tue Sep 26 2023
Howard (duduk, tengah) bercakap kepada pemberita pada satu sidang media di Pusat Komuniti Parlimen Ipoh Timur di Jalan Pasir Puteh, di Ipoh, pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Howard mohon maaf, tegaskan bukan tafsir ayat al-Quran
Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How tampil membuat permohonan maaf berhubung dakwaan ke atas dirinya yang membuat tafsiran al-Quran.
Howard tak perlu ulang perbuatan petik ayat al-Quran - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, ia bagi mengelakkan fitnah dan disalah tafsir hingga mencetuskan polemik yang tidak berkesudahan.