Pihak Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) hanya membenarkan anggota keluarga terdekat untuk melawat isteri pemandu bas ekspres yang terlibat dalam nahas di Kilometer 137.3, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di Pagoh pada Sabtu lalu.
Pengarahnya Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata Miyarseh Kemat kini berada dalam keadaan stabil dan masih mendapat rawatan bagi memulihkan kecederaannya yang melibatkan patah kaki kiri selain trauma.
"Kita hanya membenarkan keluarga terdekat sahaja bertemu dengan Miyarseh kerana bimbang ia akan menjejaskan proses rawatan yang sedang dijalankan oleh pakar psikologi dan kaunseling hospital yang sentiasa memantau keadaannya.
"Kita risau sekiranya dia (Miyarseh) terdedah dengan gangguan luar, ia akan memberi tekanan kepada mangsa nanti," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr Selahuddeen berkata Miyarseh telah menerima berita kehilangan suami dan anaknya namun memerlukan sedikit masa lagi untuk pulih sepenuhnya.
Suaminya yang juga pemandu bas ekspres terbabit iaitu Zakeer Zubir serta anak bongsu mereka Nur Natasha Zahara, 1 setahun, adalah antara mangsa yang terkorban dalam nahas itu yang meragut keseluruhan 12 nyawa.
Dr Selahuddeen berkata pihaknya masih mengkaji jenis pertolongan yang sesuai bagi membantu Miyarseh untuk bertemu dengan dua anaknya iaitu Nur Zulaikha Zakeer, 4, dan Nur Zafirah, 2, yang kini berada dalam jagaan ibu mentuanya Rashidah Abdul Rahim di Batu Maung, Pulau Pinang.
Mengenai keadaan empat mangsa lain yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HPSF, beliau berkata mereka juga hanya dibenarkan untuk menerima lawatan daripada keluarga terdekat kerana masih mengalami gangguan emosi serta masih menjalani proses pemulihan kecederaan.
Empat mangsa berkenaan ialah R. Nagadevan, Kesavan, R. Govindara (warga India) dan Zaw Oo (warga Myanmar).
Sementara itu, Rashidah, 61, berkata beliau akan membawa kedua cucunya itu untuk melawat ibu mereka dalam masa sehari dua lagi.
"Mak cik memang teringin membawa dua anak arwah melawat ibu mereka di Muar, namun tidak mempunyai kemudahan untuk ke sana," katanya.
Ketika dihubungi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas itu boleh merujuk dengan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bagi mendapat bantuan yang telah dijanjikan oleh kerajaan negeri sebelum ini.
"Kita sentiasa peka dan faham dengan kesulitan serta kesedihan yang dialami oleh keluarga mangsa dan mereka boleh berhubung dengan MAIJ bagi mendapat bantuan seperti yang dijanjikan," katanya.
Ayub memuji kecekapan pihak HPSF dan agensi lain yang terlibat dalam operasi menyelamatkan para mangsa.
"Saya berterima kasih kepada kakitangan HPSF, MAIJ dan agensi lain yang terlibat membantu mangsa dari tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital sehinggalah ke proses penghantaran jenazah kepada keluarga mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2016

Pihak HPSF hanya membenarkan anggota keluarga terdekat untuk melawat isteri pemandu bas ekspres yang terlibat dalam nahas pada Sabtu. - Sumber gambar Poh Kok Keng
10 Berita Pilihan - (4 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia desak pelaksanaan penuh Semua fasa perjanjian di Gaza
Malaysia mendesak pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata, termasuk pertukaran tebusan dan tahanan seperti yang dipersetujui semua pihak.
Hamas tolak syarat Israel minta 'lucutkan senjata'
Hamas pada Selasa menolak gesaan Israel dan Amerika Syarikat agar kumpulan itu 'melucutkan senjata' atau menarik kumpulan pejuang mereka dari Gaza, sebelum meneruskan fasa kedua gencatan senjata.
Ribuan penduduk diarah berpindah ekoran kebakaran hutan
Penduduk bandar Ofunato, Jepun hilang tempat tinggal susulan kebakaran hutan melanda bahagian timur laut negara itu.
KPK bongkar skandal kredit, negara rugi 11.7 trilion rupiah
Menurut KPK, siasatan dimulakan sejak Mac 2024, dengan fokus terhadap 11 peminjam yang mendapat pinjaman daripada LPEI.
Iran tak akan berbincang dengan AS di bawah tekanan
Iran pada 25 Februari lalu berkata pihaknya tidak akan tunduk kepada tekanan susulan pusingan sekatan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat, yang menyasarkan industri minyak Iran, sumber pendapatan utama Republik Islam tersebut.
Dua individu ditahan, dadah bernilai RM6.3 juta dirampas
Dua suspek jerat diri sendiri apabila kantoi menyorokkan dadah di Waffel Braker untuk diterbangkan ke Sarawak menerusi Kuala Lumpur Imternational Airport (KLIA)
116 aduan diterima, Perak catat kes tertinggi
Sebanyak 116 aduan diterima sepanjang Ops Pantau dijalankan, Perak mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 10 kes, diikuti oleh Selangor dengan empat kes
Malaysia bekerjasama sama rapat dengan AS, Singapura
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, kementerian itu juga akan terus bekerjasama rapat dengan AS dan Singapura untuk mencari cara yang berkesan bagi menangani isu tersebut.
Polis terima 6 laporan, siasat tiga pengacara Radio Era FM
Polis membuka kertas siasatan terhadap petugas radio Era FM milik Astro selepas tular video yang menyaksikan perbuatan tiga pengacara stesen berkenaan yang didakwa mempersendakan upacara keagamaan Hindu

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.