TEMERLOH: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HRV dipandu seorang juruteknik penapis ais musnah terbakar dipercayai selepas enjin kenderaan itu terkena sebatang besi yang terjatuh dari sebuah lori dalam kejadian pada Jumaat.
Mangsa, Fara Nadila Mo'min, 33, berkata, kejadian berlaku di hadapan surau Kampung Paya Siput dekat Lanchang di sini antara jam 10.45 pagi hingga 10.50 pagi.
"Kejadian berlaku dengan pantas, sebatang besi terjatuh dari sebuah lori kemudiannya hentam enjin kereta yang terus berasap ketika melalui selekoh di tempat kejadian.
"Kemudiannya saya hentikan kenderaan dekat simpang surau untuk telefon orang tunda kereta.
"Tak sampai beberapa minit, ternampak percikan api. Dalam keadaan kelam-kabut saya telefon bomba namun semasa buat panggilan, kereta sudah terbakar, api sudah marak.
"Saya berlari nak selamatkan barang tapi gagal, kereta sudah mula meletup api kian besar," kata Fara.
Ujar wanita itu lagi, segala barangan berharga terutamanya dokumen penting seperti lesen, geran kereta serta sebuah iPhone dan wang tunai RM6,000 bersama peralatan kerja musnah dalam kejadian tersebut.
"Memang tak sempat selamatkan kerana kejadian berlaku sekelip mata dan kerugian dianggarkan lebih RM100,000 termasuk barangan yang musnah," ujar dia baru dua tahun menggunakan kenderaan tersebut.
Mengakui trauma hingga kini, dia reda kerana selamat dalam kejadian tersebut walaupun mengalami banyak kerugian.
Fara turut memohon kerjasama orang ramai yang memiliki (dashcam) rakaman kamera papan pemuka berkaitan kejadian itu untuk berkongsi maklumat.
"Saya memohon dan mencari rakaman kejadian yang menimpa pada hari tersebut kerana kamera papan pemuka kereta tak dapat diselamatkan, hangus dijilat api," ujar Fara telah membuat laporan polis selain menunggu laporan forensik daripada pihak bomba.
Fara turut membuat hantaran mengenai kejadian dan memohon kerjasama orang ramai di laman Facebook miliknya serta di halaman kumpulan Temerloh pada Ahad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 31 2023

Honda HRV milik Fara yang terbakar dalam kejadian pada Jumaat. -Foto Sinar Harian

Lenovo perlihat konsep komputer riba 3D boleh dikawal melalui cincin
Komputer riba ini ditujukan kepada jurutera dan perekabentuk untuk memudahkan pembangunan projek visual.
Peningkatan productiviti tetapi upah tidak setimpal - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji mempunyai kaitan dengan peningkatan produktiviti di negara luar tetapi di Malaysia produktiviti meningkat tetapi upah tidak setimpal. Untuk menaikkan produktiviti, peningkatan kemahiran seperti TVET, perkenalkan beberapa disiplin baharu seperti AI dan teknologi baru di universiti dan pusat latihan. #AWANInews

Mahkamah benarkan kerajaan gantung keputusan pelarasan pencen pesara
Hakim Datuk Amarjeet Singh memutuskan terdapat keadaan khas untuk membenarkan penggantungan ini, tanpa perintah mengenai kos.

Kilang proses dedak haiwan musnah dalam kebakaran
Sebuah kilang memproses dedak haiwan di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini musnah dalam kebakaran, semalam.
Syarikat dinasihatkan untuk lebih adil terhadap pekerja - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah menetapkan gaji minima sebanyak RM1,700 dan perkenalkan skim gaji progresif tetapi tidak ada kekuatan undang-undang untuk memaksa syarikat swasta. Syarikat yang mendapat keuntungan yang tinggi juga disaran memberikan gaji yang setimpal. #AWANInews

Nilai Bitcoin kembali naik melepasi RM400,000
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K

Benar keluar KWSP awal ibarat 'dera', 'hukum' pencarum apabila bersara - PM
Majoriti pencarum Melayu mempunyai simpanan yang sangat kecil, dan akan berhadapan dengan masalah apabila mencapai usia persaraan.
'Ini faedah langsung kepada rakyat' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa negara mencapai dividen ASB tertinggi dalam masa lima tahun dan dividen KWSP 6.3 peratus merupakan tertinggi sejak 2017. 120,000 peluang pekerjaan baharu dengan kadar pengangguran 3.1 peratus sejak Disember 2024. #AWANInews

Rusia perkukuh hubungan dengan dunia Islam, apa manfaatnya kepada Malaysia?
Menerusi hubungan ini, Malaysia berpotensi meraih manfaat besar dalam sektor aeroangkasa, teknologi, pertanian, keselamatan makanan, perdagangan dan pelaburan.

66,000 perniagaan di platform e-dagang tiada aturan bayaran, rekod pelaporan cukai
LHDN kenal pasti 66,000 perniagaan di platform e-dagang tidak mempunyai atau mematuhi bayaran ansuran anggaran cukai mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Lelaki parah, anggota polis cedera kereta bertembung trak PDRM
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 pagi, sebelum jentera dari BBP Kapar tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Lima sekeluarga nyaris maut, kereta bertembung sebelum terbakar
Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, lima sekeluarga berkenaan dalam perjalanan pulang ke Balik Pulau dari Hatyai, Thailand.

Kereta penerbit filem musnah terbakar
Bagaimanapun kebakaran Perodua Axia milik lelaki itu tidak membabitkan mangsa.

Wanita nyaris maut, kereta terbabas sebelum terbakar
Wanita berusia 28 tahun itu sempat menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.

Pemandu Mercedes Benz langgar lari penunggang motosikal didakwa
Pemandu Mercedes Benz tular kes langgar lari penunggang motosikal sebelum terbakar di Plaza Tol Wangsa Maju, mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.

Lelaki maut, kereta terbakar selepas kemalangan
Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 14.9 Lebuhraya Baru Pantai (NPE) menghala Pantai Dalam di sini pada Ahad.

Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.

Pesara hilang: Wanita 62 tahun ditahan, usaha kesan Sabari tidak dihenti - Polis
Polis mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 62 tahun bagi membantu siasatan berhubung kehilangan seorang pesara kewangan Felcra di Baling pada 3 September lalu.