SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang memutuskan untuk memulangkan semula 80 unit mesin 'Oxygen Concentrator' atau pemekat oksigen yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0.
HTAR menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, pemulangan peralatan itu dilakukan berikutan jumlah pesakit COVID-19 di hospital tersebut yang semakin menurun.
"Jutaan terima kasih diucapkan kepada PKRC MAEPS 2.0, khusus kepada Pengarahnya Dr Shahabuddin Ibrahim atas pinjaman sebanyak 80 unit mesin 'Oxygen Concentrator' kepada HTAR sepanjang tempoh 'disaster'," menurut hantaran tersebut.
Menerusi hantaran itu, HTAR memaklumkan, Bahagian Logistik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menyusun semula keperluan peralatan berkenaan bagi digunakan di negeri lain, yang mengalami peningkatan kemasukan pesakit secara mendadak.
Pada Rabu lepas, Bernama melaporkan jumlah kemasukan harian pesakit COVID-19 untuk menerima rawatan di HTAR berkurangan lebih 50 peratus sejak seminggu lepas.
Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata, sebelum ini pihaknya menerima kira-kira 400 kes harian bagi pesakit COVID-19 untuk mendapatkan rawatan, namun jumlahnya menurun kepada sekitar 170 pesakit sejak kebelakangan ini. - BERNAMA
BACA: Jumlah kemasukan pesakit COVID-19 ke HTAR menurun lebih 50 peratus
Bernama
Sat Aug 21 2021
Oxygen Concentrator' atau pemekat oksigen yang dipinjamkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) 2.0 kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. - Gambar BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Pesawat terhempas Klang: Dua individu terkorban, mayat terbenam dua meter - Polis
Pihak polis mengesahkan nahas udara yang berlaku di Kampung Tok Muda, Kapar pada Selasa, telah mengorbankan dua nyawa.
HTAR siasat dakwaan dawai ditinggalkan dalam saluran darah pesakit
HTAR memberi jaminan bahawa setiap aduan akan disiasat secara telus dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan tanpa mengabaikan hak-hak pelanggan.
Kematian kanak-kanak: Polis semak rakaman CCTV HTAR
Polis menjalankan semakan rakaman CCTV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi siasatan lanjut berhubung seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.
Polis terima dua laporan kematian kanak-kanak di HTAR
Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang baru-baru ini.
Kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan Hospital Klang turun 54 peratus
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata projek itu adalah satu daripada inisiatif Bitara MADANI yang dipacu oleh pasukan STAR bagi menyelesaikan segera masalah dan kesulitan yang dihadapi rakyat.
Murid maut digilis treler: Polis sahkan terima laporan pemandu dipukul orang awam
Pemandu berusia 36 tahun itu cedera di pipi kanan dan telah mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) sebagai pesakit luar.
Pertemuan berkala dengan pengarah hospital bagi atasi masalah di fasiliti kesihatan
Antara perkara akan dilakukan KKM ialah audit dan melihat keberkesanan beberapa perkara seperti waktu standard klinik kesihatan.
12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
KKM sedia maklumkan hasil siasatan kematian pesakit COVID-19 di HTAR
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menghubungi waris pesakit wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang tahun lepas bagi memaklumkan hasil siasatan susul
Budak tiga tahun maut didera ibu, teman lelaki
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun ditahan bersama teman lelakinya dan direman enam hari bermula Sabtu sehingga 30 Disember.