Skrin Flexible OLED PaperMatte bersaiz 13.2 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 94% memberikan paparan luas dan pengalaman visual yang lebih imersif, menjadikannya pilihan utama bagi profesional kreatif.
Dengan ketebalan hanya 5.5mm dan berat 580g, ia bukan sahaja tablet OLED Flexible PaperMatte Display terbesar, tetapi juga paling nipis yang pernah dihasilkan oleh HUAWEI.
Tablet ini turut dilengkapi Innovative 3D Heat Dissipation Architecture yang meningkatkan tempoh turbo sehingga 85%, menurunkan suhu junction sebanyak 10°C di bawah beban kerja berat, serta melonjakkan prestasi lebih 30% berbanding model sebelumnya.
Keupayaan ini membolehkan peranti membuka fail bersaiz besar seperti fail PowerPoint 1GB, dokumen Word 100 halaman, dan 10,000 baris fail Excel dalam masa satu saat, tanpa sebarang kelewatan atau gangguan.
Bateri berkapasiti 10,100mAh menyokong penggunaan sepanjang hari, dengan HUAWEI SuperCharge Turbo 100W yang mampu mengecas sehingga 80% dalam masa 40 minit, memberikan kecekapan tenaga yang tinggi.
Tablet ini turut menyokong HUAWEI Smart Magnetic Keyboard yang menawarkan pengalaman menaip setanding komputer riba, dengan reka bentuk ringan dan fleksibel untuk mod Split Form, Laptop Form dan Studio Form.
Selain itu, HUAWEI M-Pencil Generasi Ketiga dengan 16,384 tahap kepekaan tekanan memberikan kawalan lebih tepat, manakala latency-free precision membolehkan penulisan dan lukisan lebih semula jadi.
Aplikasi GoPaint juga dipra-pasang secara percuma dalam tablet ini, menjadikannya mesra pengguna dan mudah diakses oleh pencipta kandungan.
Dengan peningkatan prestasi yang ketara, pengguna kini boleh membuat lakaran dengan sehingga 29 lapisan dalam resolusi 8K, memberikan hasil lebih berkualiti berbanding aplikasi berbayar seperti Procreate.
Dari segi audio, sistem bunyi HUAWEI Sound® dengan enam pembesar suara amplitud tinggi menghasilkan bunyi lebih dinamik, sesuai untuk hiburan dan persidangan video berkualiti tinggi.
Sementara itu, PC-Level WPS OFFICE membolehkan pengguna mengakses aplikasi pejabat dengan antara muka yang menyerupai komputer riba, menjadikan pengalaman kerja lebih lancar tanpa perlu bergantung kepada PC.
HUAWEI Notes menyokong import fail PDF serta pengalaman penulisan tangan yang lebih semula jadi, menjadikannya alat penting untuk pelajar dan profesional.
Teknologi Flexible OLED PaperMatte Display bukan sahaja memberikan kualiti visual terbaik, tetapi juga mengurangkan silau sehingga 99%, menjadikannya lebih selesa untuk penggunaan berpanjangan.
Pra-tempahan HUAWEI MatePad Pro 13.2 kini dibuka sehingga 14 Mac 2025 dengan harga RM4,999 di HUAWEI Experience Stores, laman rasmi HUAWEI, Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,744, termasuk HUAWEI Smart Magnetic Keyboard (RM699), HUAWEI M-Pencil Generasi Ketiga (RM699), HUAWEI Mouse (RM149), HUAWEI SoundJoy (RM699), HUAWEI Backpack (RM199) dan PC-Level WPS (RM299).
