KUALA LUMPUR: Momentum kukuh dalam hubungan China-Malaysia akan berterusan di saat kedua-dua negara meraikan ulang tahun ke-10 perkongsian strategik komprehensif mereka tahun ini, kata Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Berucap pada majlis resepsi sempena Ulang Tahun Ke-74 Penubuhan Republik Rakyat China, di sini Rabu malam, beliau berkata kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.
Perdagangan dua hala mencecah US$106.68 bilion (kira-kira RM498.942 bilion) dalam tempoh tujuh bulan pertama dan China terus menjadi rakan dagangan utama Malaysia, katanya memetik statistik China.
"Menurut perangkaan Malaysia, pelaburan China di Malaysia berjumlah US$ 12.5 bilion (kira-kira RM55.4 bilion), menyumbang 33.9 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing Malaysia tahun lepas," katanya.
Ouyang menyatakan bahawa lawatan peringkat tinggi antara kedua-dua negara adalah kerap, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke China sebanyak dua kali tahun ini, mencapai kata sepakat dengan Presiden Xi Jinping untuk bersama-sama membina komuniti China-Malaysia dengan berkongsi masa depan bersama.
Lawatan-lawatan berikutnya selepas itu telah mengukuhkan lagi kepercayaan politik yang mendalam antara kedua-dua negara, katanya, termasuk lawatan Menteri Luar Wang Yi ke Malaysia pada Ogos.
"Tahun depan bakal menandakan ulang tahun ke-50 China-Malaysia menjalin hubungan diplomatik, satu peristiwa penting dalam sejarah hubungan dua hala China-Malaysia," katanya.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang mewakili kerajaan Malaysia menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.
Turut hadir Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Tiong King Sing, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2023

Ouyang berkata kerjasama pragmatik antara kedua-dua negara telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. - Gambar Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Anwar raikan PM Singapura dalam satu majlis makan malam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatnya dari Singapura Lawrence Wong dalam satu majlis makan malam di Rumah Tangsi, di sini.

USS Carl Vinson berlabuh di Pelabuhan Klang
Lawatan kapal induk itu menyusuli persinggahan hampir sama oleh USS Abraham Lincoln pada November lepas.

Kerajaan komited pembaharuan dasar ekonomi - Anwar
Kerajaan komited untuk melaksanakan pembaharuan terhadap dasar ekonomi MADANI yang memberi impak minimum atau tidak memberi dampak kepada rakyat secara umum.

Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani di MITEC 22-24 Nov
Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada Jumaat bersetuju untuk mengadakan majlis Sambutan Dua Tahun Kerajaan Madani pada 22 hingga 24 November depan.

Malaysia sahkan komitmen terhadap nilai PBB, multiteralisme pada Hari PBB
Kementerian Luar Negeri menekankan komitmen berterusan Malaysia dalam memperjuangkan multilateralisme dan prinsip serta nilai Piagam PBB sejak diterima sebagai Negara Anggota PBB pada 17 Sept 1957.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Diraja St John's Institution
Sultan Nazrin Shah berangkat ke Majlis Makan Malam Gala Diraja St John's Institution bersempena dengan ulang tahun ke-120 sekolah itu.

'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.

Pasangan panda gergasi tiba di Hong Kong
Ketibaan pasangan panda itu adalah antara acara perayaan paling dinanti-nantikan menjelang ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China.

Ikon pop Madonna sambut ulang tahun di Pompeii, sumbang projek teater belia
Madonna melawat tapak penggalian bandar Rom yang tertimbus di selatan Itali pada petang Jumaat.

M Nasir rai ulang tahun kelahiran PM Anwar di konsert Cipta
Anwar hadir pada konsert itu dengan berbusana pahlawan berona coklat serta lengkap bertanjak.