KUALA LUMPUR: Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata hubungan yang terjalin antara kedua-dua negara selama beberapa dekad telah menyaksikan kemajuan yang luar biasa terutama dalam perdagangan dan industri.
"Malaysia menjunjung hubungan antarabangsa, mengiktiraf bahawa rakan perdagangan kami memainkan komitmen penting dalam pembangunan dan pertumbuhan Malaysia. Kami komited untuk mengembangkan hubungan perdagangan dan menggalakkan pelaburan asing yang meningkatkan kemakmuran dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun kesembilan Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China di sini malam ini.
Menurut Teo perdagangan dua hala Malaysia-China melepasi AS$190 bilion (kira-kira RM890.2 bilion), peningkatan 950 kali ganda sejak 1974, memandangkan Malaysia merupakan anggota pertama ASEAN yang menjalin hubungan diplomatik dengan China pada 31 Mei 1974, dengan jumlah perdagangan dua hala kurang daripada AS$200 juta (kira-kira RM937 juta).
Beliau berkata peningkatan mendadak dalam perdagangan dua hala kepada kerjasama komprehensif, pragmatik dan dasar pengecualian visa bersama, telah menyebabkan purata peningkatan bulanan lebih daripada 250,000 pelancong China ke Malaysia.
"Susulan pelaksanaan pengecualian visa bersama, jumlah pelancong dari China ke Malaysia telah meningkat dengan ketara. Dengan sebanyak 5.8 juta pelancong pada suku pertama 2024, kami telah menyaksikan pertumbuhan luar biasa sebanyak 32.5 peratus berbanding 4.3 juta pelancong bagi tempoh sama tahun lepas," katanya.
Menurut Teo, Malaysia juga akan memperluas kemudahan sistem pagar automatik bagi pelepasan imigresen bermula 1 Jun ini bagi melancarkan proses ketibaan pelancong ke negara ini dan China merupakan antara negara termasuk dalam inisiatif berkenaan.
Beliau turut mengetengahkan prestasi ekonomi Malaysia dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024, mengatasi unjuran awal.
"Kerajaan Malaysia optimis berkenaan hala tuju ekonomi, dengan sasaran pertumbuhan antara empat hingga lima peratus tahun ini," katanya.
Teo dalam pada itu turut menekankan tentang peluang besar bagi Malaysia dan China untuk menjalinkan kerjasama selanjutnya.
"Dalam perjalanan menuju kemakmuran bersama, kami mengiktiraf China sebagai sahabat dan rakan yang boleh dipercayai. Kami berazam untuk memperkukuh hubungan dengan China atas situasi sama menang, memastikan ia memenuhi kepentingan kedua-dua negara," katanya.
Hadir sama pada majlis itu Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan Presiden PUCM Datuk Keith Li.
Terdahulu, Teo turut merasmikan Pameran Perdagangan dan Kebudayaan Industri Pintar China (CSITE 2024) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, yang menghimpunkan hampir 100 syarikat dari Malaysia, China dan Singapura meliputi bidang seperti teknologi pintar, industri, budaya dan pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 20 2024
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching (tengah) bergambar bersama penerima sijil pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-9 Persatuan Usahawan China di Malaysia (PUCM) dan Majlis Makan Malam Sempena Sambutan Ulang Tahun Malaysia-China Ke-50. - BERNAMA
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Pesawat terhempas: Malaysia sampaikan ucapan takziah kepada Azerbaijan
Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Azerbaijan di atas tragedi pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang terhempas di Kazakhstan, Rabu lepas.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Kepelbagaian diplomatik Malaysia bentuk semula hala tuju strategik ASEAN - Penganalisis
Usaha kepelbagaian Malaysia seperti hubungannya dengan BRICS, menawarkan perspektif baharu untuk perancangan strategik ASEAN.
Presiden Peru Boluarte tegaskan hubungan diplomatik yang erat dengan Malaysia
Presiden Peru menekankan hubungan diplomatik yang kukuh antara Peru dan Malaysia pada Rabu, semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia.
[KOLUMNIS] Abad Turkiye, hubungan lebih erat dengan Malaysia
Turkiye dan Malaysia, berkongsi hubungan dua hala yang berakar umbi, dengan sejarah persaudaraan sejak hubungan antara Empayar Uthmaniyyah dan Kepulauan Melayu pada abad ke-16.
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed adakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed Ali dijadual mengadakan lawatan rasmi pertama ke Malaysia dari Jumaat (25 Okt) hingga Sabtu (26 Okt).
Filipina dan Malaysia rai 60 tahun hubungan diplomatik
Acara dihadiri Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo dan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai tetamu kehormat.
Malaysia secara rasmi jalin hubungan diplomatik dengan Andorra
Andorra ialah sebuah negara kecil yang tidak mempunyai akses laut, terletak di pergunungan Pyrenees antara Sepanyol dan Perancis.
Agong bertemu dua pemimpin tertinggi China hari ini
Sultan Ibrahim hari ini dijadualkan mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dan Premier Li Qiang.
China menantikan Lawatan Negara pertama Agong selepas 10 tahun - Duta
Selepas 10 tahun, Lawatan Negara Sultan Ibrahim ke China detik yang dinantikan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.