Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia pada masa ini berada pada tahap paling cemerlang dan luar biasa dengan pendekatan menyelesaikan isu melalui perbincangan.
Katanya Malaysia komited untuk terus mempertingkatkan hubungan dua hala yang terjalin dan sedia bekerjasama dengan Indonesia yang sedang berkempen untuk mendapatkan kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu.
"Kerjasama Malaysia dan Indonesia akan terus dipertingkat demi kebaikan kedua-dua negara dan ASEAN secara umum," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Herman Prayitno di pejabatnya di sini hari ini.
Mengulas mengenai pertemuannya bersama Herman, Ahmad Zahid berkata beliau menzahirkan rasa puas hati kerajaan Malaysia dengan tahap hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia serta menyifatkan Indonesia sebagai jiran yang penting.
Katanya kerajaan Malaysia juga menghargai peranan Herman dalam memastikan maklumat mengenai Malaysia dilaporkan dengan tepat oleh media Indonesia bagi mengelak sebarang kontroversi dan perselisihan faham antara kedua-dua buah negara.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata dalam usaha membanteras kumpulan militan Daesh di rantau ini, Malaysia, Indonesia dan Filipina sudah mewujudkan kerjasama tiga pihak untuk membanteras pengganas, bakal pengganas yang mendapat latihan dan golongan yang bersimpati (dengan pengganas).
Sementara itu, Herman berkata Indonesia serius dalam memastikan kebakaran hutan tidak berlaku pada tahun ini supaya Malaysia tidak menghadapi masalah jerebu.
Katanya Presiden Joko Widodo dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini meminta supaya semua pihak bersiap siaga untuk mengawal masalah kebakaran hutan pada tahun ini.
"Mudah-mudahan Indonesia tidak meminjam lagi pesawat Bombardier Malaysia (untuk memadamkan kebakaran hutan) dan Malaysia aman daripada jerebu dari Indonesia pada tahun ini," katanya.
Mengenai tenaga kerja Indonesia di Malaysia, Herman mencadangkan satu mekanisme dibentuk supaya semua pekerja Indonesia dapat bekerja secara sah di negara ini.
"Pada masa yang sama, majikan di Malaysia juga jangan mengambil pekerja Indonesia yang tidak sah," katanya.
Berkongsi pengalaman manis sepanjang empat tahun berkhidmat di Malaysia, Herman berkata antaranya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Indonesia sebanyak empat kali dan Presiden Joko Widodo turut melawat Malaysia sebanyak empat kali.
Herman akan menamatkan tugas pada 31 Jan dan digantikan oleh anggota Dewan Penasihat Presiden, Rusdi Kirana yang juga pemilik syarikat penerbangan tambang murah Lion Air.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 26 2017
AHMAD ZAHID: hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia pada masa ini berada pada tahap paling cemerlang. - fotoBERNAMA
Netanyahu tiba di White House untuk bertemu Trump
Kunjungan Netanyahu ke White House menjadikan beliau pemimpin asing pertama yang melawat AS dalam penggal kedua pentadbiran Trump.
Hamas sahkan rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula
Tumpuan rundingan kali ini adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat Palestin di Gaza.
Thaipusam: Tambang percuma KTM Komuter cermin nilai inklusif kerajaan MADANI - Exco
Keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.
NSFC akan lakukan penstrukturan gaji pasukan musim depan
Tunku Syed Razman berkata pihaknya sedang menjalani fasa peralihan bagi membina semula struktur kelab.
Singapura lulus rang undang-undang perkukuh keharmonian kaum
Rang Undang-Undang RH dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan dibacakan bersama RUU Pindaan Perlembagaan Republik Singapura.
Uzbekistan cadang kumpulan pakar bersama tangani Islamofobia melalui dialog
Sarjana Islam Uzbekistan dan Malaysia dicadang anggotai kumpulan dialog bagi sampaikan sifat kemanusiaan dan keamanan Islam kepada masyarakat antarabangsa
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Malaysia kalah lagi, kali ini kepada Argentina
Malaysia bermula baik membuka tirai dengan gol padang Shamie Irfan Suhaimi pada minit ke-12, bagaimanapun momentum itu gagal diteruskan.
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.
DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.
ASEAN Coin: Berikut lima sebab mata wang digital ASEAN sukar dilaksana...
Kepelbagaian ekonomi dan sistem kewangan di setiap negara anggota ASEAN menjadikan perjalanan ke arah penyatuan mata wang digital seragam satu proses yang kompleks namun penuh potensi.
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif - Maybank IB
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
'Pertahan kedaulatan negara, biarpun hanya seketul batu karang di lautan' - Agong
Jika kedaulatan tercabar, perlu ada tindakan tegas oleh pihak kerajaan, sama ada melalui saluran diplomatik, undang-undang mahupun pertahanan.
[KOLUMNIS] Timor-Leste dalam sebuah bingkai
Penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN melihatkan bagaimana medium filem dan sinema mampu memainkan peranan yang signifikan.
Mekanisme ASEAN terlalu elitis, tidak dirasai orang awam - Penganalisis
ASEAN ketika ini bergerak dengan mekanisme yang disifatkan terlalu elitis sehingga tidak dapat dihargai serta dirasai oleh orang awam yang mendiami negara-negara Asia Tenggara.
ASEAN mahu rundingan bersifat kolaboratif dengan AS, bukan ditekan - Penganalisis
ASEAN mahu berunding dengan Amerika Syarikat (AS) dalam bidang pelaburan dan perdagangan secara kolaboratif.
ASEAN bawa naratif sendiri, tidak boleh terjebak dalam persaingan AS-China – Penganalisis
ASEAN tidak boleh terjebak dalam persaingan Amerika Syarikat (AS) dan China yang bukan lagi bersifat pertembungan dagang.