HONG KONG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ini dibuktikan melalui aspek kerajaan dengan kerajaan (G2G), perniagaan ke perniagaan (B2B) dan antara rakyat (P2P) yang kukuh sejak dahulu lagi termasuk langkah membenarkan kemasukan tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong China ke Malaysia dan 15 hari untuk pelancong dari Malaysia ke China.
Ahmad Zahid kini dalam lawatan rasmi pertamanya ke China selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada Disember 2022 dan lawatan itu atas jemputan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang.
"Hubungan saya dan pemimpin-pemimpin mereka adalah cukup berat (erat) dan saya telah berada di China sejak tahun 1990-an sebagai ahli korporat ketika itu apatah lagi ketika saya berada di dalam kerajaan," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata lawatan beliau ke China itu juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden China Xi Jinping serta Premier China Li Qiang.
Mengulas mengenai lawatannya, beliau berkata terdapat beberapa perkara akan dibincangkan meliputi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri halal serta perdagangan.
"Di Shanghai nanti, saya akan saksikan beberapa perjanjian (berkaitan TVET) akan ditandatangani, selain di Beijing, secara rasminya saya akan hadir majlis ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik (antara Malaysia dan China)," katanya.
Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan dua hala secara rasmi pada 31 Mei 1974.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa. - Foto ihsan Fariz Iswadi

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah

Hubungan kukuh Malaysia-China sangat istimewa - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan kukuh dua hala Malaysia dan China yang terjalin sejak 50 tahun lepas adalah sangat istimewa.

Astro rangkul dua anugerah pada Putra Brand Awards 2023
Astro merangkul dua anugerah pada Putra Brand Awards 2023 yang diadakan pada Jumaat malam di Petaling Jaya.

Hubungan Malaysia dan Arab Saudi akan terus kukuh - PM Anwar
Malaysia dan Arab Saudi akan terus memperkukuhkan hubungan serta kerjasama ekonomi dan diplomatik.