KUANTAN: Hubungan Malaysia dan Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran Dharmalingam selepas menjalani hukuman mati di Penjara Changi, Singapura pada Rabu lalu kerana didapati bersalah menyeludup dadah ke negara itu pada 2009.
Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, dari aspek hubungan diplomatik, hubungan itu tidak terjejas kerana Malaysia sentiasa menghormati undang-undang negara sahabat.
Bahkan, Malaysia juga, tegas Saifuddin, menghormati keperluan setiap kerajaan dan negara tersebut untuk menegakkan keluhuran undang-undang mereka.
"Kita (Malaysia) menghormati lunas undang-undang yang dijalankan di Singapura dan dari segi hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tidak terganggu walau sedikit pun kerana kita saling faham memahami dari segi keperluan setiap kerajaan dan negara untuk menegakkan keluhuran undang undang masing masing,” kata Saifuddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program MyRakyat Sentuhan Kasih Aidilfitri di perkarangan Wisma Belia Indera Mahkota di sini, hari ini.
Nagaenthran, 34, yang berasal dari Perak dijatuhi hukuman mati pada 2010 kerana mengedar 42.72g heroin pada 2009 ke Singapura.
Mendiang sepatutnya dijadualkan menjalani hukuman pada 10 November tahun lalu tetapi mendapat perintah penangguhan sementara pada 9 November selepas mahkamah dimaklumkan dia positif COVID-19 ketika hadir untuk mengemukakan rayuan terakhirnya.
Mendiang Nagaenthran dikebumikan di kampung halamannya pada Jumaat.
Mengenai cadangan pertukaran banduan, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, ketika ini Malaysia dan Singapura tidak ada sebarang perjanjian pertukaran banduan antara kedua negara.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kata beliau akan melihat lebih lanjut berkenaan cadangan itu kerana Malaysia bersedia pada tahap adanya pertukaran banduan.
Astro Awani
Sat Apr 30 2022
Datuk Seri Saifuddin Abdullah (dua, kanan) membeli serunding ketika melawat gerai jualan pada Program Jualan Myrakyat Sentuhan Kasih Aidilfitri Parlimen Indera Mahkota di pekarangan Wisma Belia, Kuantan hari ini. - Gambar BERNAMA
PM Anwar akan bertemu pengasas WEF, pimpin sesi pleno ASEAN pada akhir WEF 2025
Perdana Menteri akan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab di hari terakhir WEF 2025.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran - Fadhlina
Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia terlebih dahulu.
Henti tol percuma musim perayaan langkah wajar - Pakar, aktivis
Keputusan kerajaan menghentikan pemberian tol percuma pada musim perayaan adalah langkah wajar.
AWANI Ringkas: Kes kematian bayi dibawa ke mahkamah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PSK perlu patuh syarat KDN jika mahu pemain naturalisasi - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan yang berminat menggunakan pemain naturalisasi perlu mematuhi syarat ditetapkan Kementerian Dalam Negeri.
SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka tuntutan palsu
Seorang penjawat awam direman enam hari disyaki membuat tuntutan palsu bagi penginapan hotel melibatkan 41 tuntutan palsu.
Ziyad tidak beraksi di Sukan SEA Thailand 2025
Bagaimanapun, beliau akan bertanding pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2025 yang dijadual berlangsung Januari tahun depan.
Kastam rampas mercun, dadah bernilai lebih RM1 juta
Jabatan Kastam merampas mercun dan bunga api serta dadah yang dianggarkan bernilai RM1.05 juta di empat lokasi sekitar Selangor.
Kerja pembaikan lintasan Rafah sedang dijalankan menjelang pembukaan semula
Lintasan itu mengalami kerosakan yang besar semasa serangan Israel selama 15 bulan yang disokong Amerika Syarikat (AS).
Surat kepada Editor: KWSP perlu pastikan dividen yang baik untuk ahli
KWSP harus erus fokus pada mandat terasnya, memaksimumkan pulangan supaya ahlinya dapat bersara dengan baik.
Anwar, Hsien Loong saksikan tiga MoU dimeterai antara Malaysia - Singapura
MoU yang ditandatangani berkaitan kerjasama Perlindungan Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.
Hubungan Malaysia - Singapura tidak terjejas ekoran kes Nagaenthran
Dari aspek hubungan diplomatik, hubungan itu tidak terjejas kerana Malaysia sentiasa menghormati undang-undang negara sahabat.
Pembukaan sempadan bawa limpahan rezeki buat negeri Johor - MB
Johor Bahru kembali sesak menjelang Aidilfitri berikutan kemasukan warga Singapura untuk berbelanja di bandar itu.
Fokus saringan koronavirus di sempadan darat terhad kepada warga China
Jumlah alat pengesan haba atau thermal scanner yang terhad di sempadan darat Malaysia-Singapura menyebabkan Kementerian Kesihatan lakukan saringan koronavirus pada rakyat China sahaja.