KUALA LUMPUR: Vietnam dan Malaysia masih mengekalkan hubungan rapat dan terus berkembang di peringkat dua hala dan pelbagai hala walaupun landskap global dan serantau yang kompleks dan sentiasa berubah.
Duta Vietnam ke Malaysia, Dinh Ngoc Linh, berkata kepercayaan politik semakin kukuh, pertukaran peringkat tinggi berkembang pesat dan perdagangan dua hala pada 2022 melebihi hampir AS$15 bilion, atau pertumbuhan melebihi 15 peratus berbanding 2021.
"Malaysia merupakan pelabur ASEAN kedua terbesar di Vietnam dan menduduki tempat ke-10 dalam kalangan 140 negara dan wilayah yang melabur di negara kami, dengan modal bernilai AS$13 bilion," katanya . pada majlis resepsi di sini pada Khamis.
Majlis itu bagi meraikan Hari Kebangsaan ke-78 negara dan ulang tahun ke-50 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
"Kami adalah rakan kongsi utama dalam ASEAN. Kerjasama dalam bidang seperti pertahanan dan keselamatan, budaya dan pendidikan, dan hubungan antara rakyat juga berkembang pesat," katanya.
Merujuk kepada lawatan rasmi dua hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Vietnam pada Julai, Linh menekankan bahawa lawatan itu telah mengukuhkan asas politik dan menyuntik dorongan baharu kerjasama dalam bidang tradisi seperti politik, ekonomi, pertahanan dan keselamatan, dan berkembang ke bidang baharu seperti ekonomi digital, keselamatan rangkaian dan tindak balas terhadap cabaran keselamatan bukan tradisi.
"Terdapat ruang besar untuk kerjasama lanjut antara kedua-dua negara hasil kekuatan dalaman setiap negara dan peluang yang terbuka daripada ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat.
"Kepentingan dan visi bersama kami untuk keselamatan serantau, kemakmuran dan pembangunan mampan kekal sebagai pemacu utama hubungan dua hala yang teguh, menyumbang kepada Komuniti ASEAN yang padu, responsif dan makmur di tengah-tengah perubahan menyeluruh dan mendalam yang memberikan kedua-dua peluang dan cabaran," kata Linh.
Beliau turut yakin bahawa persahabatan dan kerjasama dalam pelbagai aspek antara dua negara akan mencapai kemajuan luar biasa pada tahun-tahun akan datang, yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan menyumbang kepada keamanan serta kemakmuran di negara masing-masing dan serantau.
Majlis malam ini dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia Datuk Ewon Benedick dan kira-kira 500 tetamu lain yang terdiri daripada pegawai pentadbiran tempatan, duta, sektor perniagaan dan wakil masyarakat Vietnam di sini.
Vietnam ialah rakan dagangan ke-12 terbesar Malaysia di dunia dan destinasi eksport ke-10 terbesar pada 2022 manakala Malaysia ialah rakan dagangan kesembilan terbesar Vietnam.
Malaysia dan Vietnam mencatatkan nilai perdagangan AS$19.33 bilion tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Vietnam dan Malaysia masih mengekalkan hubungan rapat dan terus berkembang di peringkat dua hala dan pelbagai hala walaupun landskap global dan serantau yang kompleks dan sentiasa berubah. - Foto BERNAMA
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara, majoriti kes dadah
Seramai 2,408 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas pelbagai kesalahan setakat 21 Januari lalu.
Malaysia-Perancis senada kukuhkan kerjasama strategik
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia dan Perancis untuk memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang strategik termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan, serta kecerdasan buatan (AI).
Wanita tikam suami hingga mati dituduh Isnin ini
Seorang wanita yang dipercayai menikam suaminta di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di kajang pada minggu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang pada Isnin depan.
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri
Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, Kajang pada Khamis.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Hubungan Vietnam-Malaysia kekal erat - Duta
Vietnam dan Malaysia masih mengekalkan hubungan rapat dan terus berkembang di peringkat dua hala dan pelbagai hala walaupun landskap global dan serantau yang kompleks dan sentiasa berubah.