Sarawak akan mengikut keputusan dan pendirian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Ir Daud Abdul Rahman, berkata kerajaan negeri tidak menolak pelaksanaan Hudud, kerana sebagai orang Islam hukum yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ditentang.
"Pelaksanaan Hudud itu mesti mengikut perkembangan semasa supaya semua pihak termasuk mereka yang bukan Islam betul-betul memahami hukum tersebut.
"Seperti apa yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW, hukum Hudud tidak pernah dilaksanakan sebaliknya ia merupakan satu proses yang berjalan dengan sendiri dan pelaksanaannya dilakukan kepada semua orang," katanya.
Daud berkata keadaan itu berbeza dengan hasrat PAS yang ingin melaksanakan undang-undang Hudud itu secara persendirian di Kelantan dan hanya dikuatkuasa kepada mereka yang beragama Islam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya pendirian Sarawak sama ada menyokong atau menolak usul rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan Hudud di Kelantan yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun atau selewat-lewatnya Disember ini.
Terdahulu Daud merasmikan Seminar Fatwa Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat Sarawak di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekiranya hukum Hudud dilaksanakan sedemikian di Kelantan, ia akan mengundang pelbagai komplikasi, iaitu mewujudkan rasa tidak senang dalam kalangan mereka yang bukan beragama Islam.
"Sepatutnya penerangan dan pemahaman mengenai hukum Hudud itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu kepada seluruh masyarakat dan dalam hal ini Pusat Penerangan Islam (IIC) harus memainkan peranan.
"Sekiranya masih ada yang takut mengenai hukum Hudud, sama ada orang Islam atau bukan Islam, membuktikan bahawa pemahaman rakyat mengenai hukum itu masih belum jelas," katanya.
Daud berkata dalam masa yang sama, penerangan mengenai Islam harus ditunjukkan menerusi amalan dan sikap umat Islam sendiri, supaya mereka yang bukan Islam menghormati dan tertarik dengan agama Allah ini.
Bernama
Tue Apr 29 2014

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Ir Daud Abdul Rahman. -Gambar Fail

Buruh binaan bunuh, simen jasad majikan gara-gara tidak dibayar gaji
Kejadian berlaku pada 16 Februari 2025 di sebuah premis rumah kedai di Rawamangun, Jakarta Timur.

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Bekas Adun Tupong meninggal dunia
Beliau berusia 66 tahun.

Ridhuan Tee bawa politik ekstrem - Menteri Muda Sarawak
Penceramah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah tidak dibenarkan memasuki negeri ini untuk mengadakan ceramah di Masjid Daerah Kecil Sematan sempena Program Jom Bersantai Sematan 2014-15.

Hudud: Sarawak ikut keputusan Perdana Menteri
Kerajaan negeri tidak menolak pelaksanaan Hudud, kerana sebagai orang Islam hukum yang ditetapkan oleh Allah tidak boleh ditentang.