Penduduk di sekitar bandar Kuala Lipis di sini, gempar apabila hujan air batu melanda kawasan itu kira-kira 20 minit, petang tadi.
Kejadian pukul 6.45 petang itu pada awalnya mengundang panik dalam kalangan orang ramai yang risau kenderaan mereka rosak ditimpa hujan batu sebesar guli.
Hujan air batu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai apabila ada yang mengutip serta mengambil gambar ketulan ais itu.
Seorang penduduk Ahmad Nazree Sahbudin, 35, berkata, kejadian tersebut berlaku dengan hujan secara tiba-tiba sebelum dikejutkan dengan iringan bunyi kuat apabila ketulan ais menimpa lebih 10 kereta yang diletakkan berhampiran.
Menurutnya, dia dan rakan-rakannya menjenguk ke luar dan mendapati hujan turun bersama ketulan kecil berwarna putih.
"Memandangkan ini kali pertama melihat hujan air batu, kami teruja untuk mengutip ketulan ais yang bertaburan di atas jalan dan membeleknya dari dekat.
"Kami nampak hujan air batu jatuh melantun-lantun di atas jalan dan sempat melihat fenomena ini selama kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Seorang lagi penduduk, Mohd Hishamuddin Aduat, 24, berkata, hujan air batu itu dianggap luar biasa kerana berlaku secara menyeluruh di sekitar bandar berkenaan.
"Memang teruja dapat tengok hujan air batu pertama kali sepanjang umur saya. Ais yang jatuh berbentuk ketulan tetapi ia lembut daripada ketulan air batu biasa...jadi tiada kenderaan rosak disebabkan hujan ini.
Tidak sangka pula selepas dua minggu hujan tidak turun di Kuala Lipis tiba-tiba jadi hujan air batu pula hari ini," katanya.
Fenomena hujan batu terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan berkenaan.
Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku sehingga mencapai 12,192 meter manakala saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara lima milimeter (mm) atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.
Kejadian hujan batu ini biasanya berlaku setempat iaitu sekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja. --BERNAMA
Bernama
Fri Aug 10 2018

Orang ramai mengambil kesempatan mengutip ketulan ais yang turun bersama hujan lebat di Kuala Lipis pada Jumaat (10 Ogos). - Facebook Aman Shah II

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.

Beberapa kawasan di Ipoh dikejutkan dengan hujan air batu
Penduduk terkejut kerana bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang.

Hujan ais buat penduduk Kuala Lipis gempar seketika
Penduduk di sekitar bandar Kuala Lipis di sini, gempar apabila hujan air batu melanda kawasan itu kira-kira 20 minit, petang tadi.