Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini memaklumkan, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, (Sri Aman) Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.
Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA