SHAH ALAM: Hujan berterusan sejak beberapa hari lalu yang menyebabkan berlaku peningkatan paras air sungai, menyumbang kepada faktor berkemungkinan banjir besar boleh berlaku dalam tempoh terdekat.
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, hujan berterusan menyebabkan peningkatan paras air sungai pada tahap waspada dan bahaya.
"Saya berpandangan, kemungkinan banjir besar boleh berlaku pertama sekali adalah sungai-sungai di Pahang, Terengganu dan Kelantan, kebanyakannya berada di paras sama ada bahaya atau waspada.
"Kita telah mendapati hujan turun dalam tempoh yang lama. Jadi ini menunjukkan bahawa paras air sungai telah meningkat kepada dua tahap tersebut.
"Keduanya ialah, disebabkan hujan telah berlaku sejak dua tiga hari ini, dengan kuantiti yang banyak di merata tempat, kemungkinan besar kelembapan tanah berada pada tahap tepu," katanya.
Azizan berkata demikian ketika menjadi panelis Program Sinar Live bertajuk 'Awas, Banjir Besar Anytime!' yang dikendalikan oleh Fahiz Ariff, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Rabu.
Beliau menambah, jumlah taburan hujan yang tinggi menyebabkan hutan dan sungai tidak boleh lagi menampung curahan hujan yang turun.
"Jadi, hujan yang turun ini dijangka agak lebat, iaitu ramalan dari model global seperti di Nullschool.net, hujan yang turun dalam kadar 40 milimiter (mm).
"Oleh kerana itu, saya beri langkah berjaga-jaga, khususnya di Pantai Timur iaitu Kelantan, Pahang Terengganu, kemungkinan banjir yang lebih besar lagi akan berlaku," katanya.
Jelas beliau, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan, selain fenomena La Nina dan negatif IOD, menyebabkan peningkatan hujan, juga membawa kepada berlakunya kejadian banjir.
Pada masa sama, katanya, faktor pembangunan ada menyumbang kepada kejadian banjir kilat kerana apabila ada pembangunan, mengurangkan penyerapan air masuk ke dalam tanah.
"Jadi, banyak air ini hanya akan menjadi air larian. Jadi, ia cepat naik dan pergi ke tempat yang rendah. Apabila tempat rendah, ia mula bertangkung dan mula banjir.
"Oleh itu, isu banjir kilat ini ialah perparitan dan bagaimana kita mengalirkan lebihan air yang cepat ini ke kawasan lain supaya kawasan rendah itu tidak banjir," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azizan menyifatkan, tahap kesiapsiagaan semua agensi termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berada dalam keadaan baik apabila kerap mengeluarkan amaran kepada masyarakat.
"Kita lihat amaran itu lebih terperinci dan melibatkan kawasan tertentu. Itu adalah penambahbaikan daripada apa yang berlaku semasa tahun 2014 dan 2021, kita belajar dari kelemahan sebelum ini.
"Bagaimanapun saya nak lihat dari segi rancangan jangka masa panjang kerana ini adalah isu berulang. Dan bagaimana kita rancang untuk hadapi banjir, terutama di kawasan seperti Kuala Lumpur dan Lembah Klang, yang melibatkan kerugian agak besar dan mencecah bilion," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 15 2022

Azizan berkata, jumlah taburan hujan yang tinggi menyebabkan hutan dan sungai tidak boleh lagi menampung curahan hujan yang turun. - Foto Sinar Harian

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.