KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov).
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
METMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap waspada dijangka di Gua Musang, Kelantan manakala di Pahang melibatkan dua kawasan iaitu Jerantut dan Kuantan dalam tempoh sama.
Amaran hujan berterusan turut dikeluarkan bagi keseluruhan daerah di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang manakala di Perak melibatkan beberapa kawasan seperti Kerian; Larut, Matang dan Selama; Hulu Perak; Kuala Kangsar dan Manjung bermula esok hingga Khamis.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023
Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan serta seluruh Terengganu sehingga Ahad ini (26 Nov). - Gambar hiasan
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Biden dituduh berat sebelah dalam konflik Gaza
Laporan Human Rights Watch (HRW) Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dituduh bersikap berat dalam isu hak asasi manusia berhubung dua konflik yang hampir sama di Gaza dan Ukraine.
Ramai terkandas di Lebuhraya Pasir Gudang ekoran banjir kilat
Hujan lebat dan berterusan lebih sejam sejak kira-kira jam 4 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat.