Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat berikutan hujan lebat yang turun di kawasan perkhemahan Mina Muaisim di sini pukul 4 petang semalam waktu tempatan atau 9 malam waktu Malaysia.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata tiada ancaman nyawa dan kecederaan dilaporkan pada jemaah haji Malaysia mahupun petugas haji di sini.
"Adalah menjadi amalan apabila hujan lebat di kawasan perkhemahan, pihak berkuasa Bomba Arab Saudi mengarahkan bekalan elektrik ditutup untuk mengelakkan insiden kejutan elektrik. Bekalan elektrik telah pulih sepenuhnya pukul 7.10 malam.
"Rata-rata kerosakan di khemah secara umumnya hanya pada karpet-karpet yang basah di dalam khemah setelah dimasuki air hujan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji (TH).
Syed Saleh berkata berikutan hujan lebat, jadual melontar pada waktu petang ditangguhkan kepada pukul 8.20 malam semalam dan keadaan di Mina telah kembali pulih seperti sediakala pada pukul 8.00 malam semalam.
"Pihak Muassasah Asia Tenggara telah menggantikan sebahagian karpet tersebut dan mengedarkan plastik hitam sebagai alas. Jemaah Haji Malaysia juga menggunakan tikar plastik yang dibekalkan semasa di Malaysia lagi sebagai alas.
"Para Jemaah Haji juga telah bekerjasama membersihkan kawasan khemah yang terjejas secara bergotong-royong," katanya.
Beliau berkata pada hari ini sebahagian Jemaah haji Malaysia telah bertolak dari Mina ke Makkah setelah melakukan Nafar Awal.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 13 2019
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan Rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas Lembaga Tabung Haji (TH). - Foto BERNAMA
Keir Starmer hargai pertemuan dengan Anwar, pelaburan Malaysia
Sementara itu, Starmer berkata pertemuan tersebut satu peluang yang baik selepas enam bulan beliau menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri UK.
Anwar jumpa Keir Starmer, isu Palestin antara dibincang
Jelas Anwar lagi, hal-hal yang dibincangkan tersebut seterusnya akan dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.
Tumpuan Khamis – 16 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Empat ditahan jual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud
Empat individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket penipuan menjual nombor pendaftaran kenderaan tidak wujud yang aktif di beberapa negeri.
10 Berita Pilihan - (15 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Petros dan Sarawak komited untuk bekerjsama dengan Kerajaan Persekutuan, PETRONAS
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai pengiktirafan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Petroleum Sarawak Bhd (Petros) sebagai agregator gas tunggal di Sarawak.
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
Hujan lebat di Mina: Jemaah haji Malaysia selamat
Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat berikutan hujan lebat yang turun di kawasan perkhemahan Mina Muaisim di sini pukul 4 petang semalam waktu tempatan atau 9 malam waktu Malaysia.