JOHOR BAHRU: Hujan lebat tahap merah serentak dengan air pasang besar menjadi antara punca banjir kilat di beberapa kawasan di Bandaraya Johor Bahru semalam.
Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd Noorazam Osman, berkata walau bagaimanapun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengambil tindakan segera selain tindakan jangka pendek dan panjang dalam menangani isu banjir kilat sedemikian.
Mengulas lanjut, katanya hujan lebat dengan kadar intensiti hampir 100 milimeter (mm) bermula pada jam 1.40 petang, serta air pasang tinggi dengan ketinggian 3.3 meter pada jam 1.55 tengah hari menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
BACA: Banjir kilat: Warga JB sifatkan kejadian terburuk dalam tempoh 10 tahun
Beliau berkata berdasarkan kategori bacaan tahap intensiti air hujan, kadar melebihi 60 mm adalah di dalam kategori sangat lebat atau 'tahap merah'.
Menurutnya susulan jangkaan air pasang tinggi semalam, pintu Air Sungai Segget telah ditutup bermula pada jam 10.51 pagi iaitu tiga jam sebelum paras air pasang tinggi, manakala sistem pam dan 'tidal valve' di muara Sungai Chat, Parit Utama Abdul Samad dan Sungai Ayer Molek telah berfungsi dengan baik semasa kejadian.
"MBJB telah melaksanakan beberapa tindakan segera termasuk turun ke tapak sewaktu hujan lebat bagi memastikan pam-pam utama berfungsi dengan baik serta memantau kawasan yang terlibat dengan banjir kilat.
"MBJB juga telah mengeluarkan Notis Amaran Kerja Tanah Akta 33 di atas kegagalan kawalan kerja tanah pembangunan kepada tiga pemaju pembangunan di dalam kawasan MBJB kerana telah mengakibatkan kejadian banjir lumpur hari ini (semalam) selain akan memantau kerja-kerja pembersihan segera terhadap sampah sarap di parit-parit terbuka yang akan dijalankan oleh SWM Environment," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Selain itu katanya memandangkan kejadian banjir lumpur baru-baru ini juga disebabkan oleh projek pembangunan oleh pihak pemaju, MBJB telah mengarahkan mereka membuat kawalan kerja tanah dengan segera.
Katanya, ia bagi memastikan kerja-kerja pembangunan yang dibuat tidak menyebabkan kelodak atau sisa-sisa kerja tanah memasuki saliran utama yang boleh mengundang banjir kilat.
"Sekiranya pihak pemaju masih gagal melaksanakan tindakan sedemikian, MBJB akan terus mengeluarkan Notis Amaran Kerja Tanah di bawah Seksyen 71, Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) bagi menghentikan kerja serta-merta dan mengenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih 10 tahun.
"Bagi tindakan jangka masa panjang, MBJB akan melaksanakan kajian bagi melihat tahap kapasiti pam sedia ada termasuk cadangan menyediakan pam baharu bagi menampung pembangunan-pembangunan baharu di dalam kawasan MBJB bagi memastikan aliran air dapat dilepaskan dengan lancar ke Selat Tebrau, terutamanya ketika air pasang tinggi," katanya.
Hujan lebat selama dua jam sejak jam 12.30 tengah semalam telah menyebabkan beberapa jalan utama di bandar raya ini dinaiki air antaranya Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Kolam Air, Jalan Yahya Awal, Hospital Sultanah Aminah (HSA), Jalan Sungai Chat serta Persiaran Abu Bakar, yang mengakibatkan lebih 500 kenderaan terjejas.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Aug 02 2022

Hujan lebat selama dua jam sejak jam 12.30 tengah hari semalam telah menyebabkan beberapa jalan utama di Johor Bahru dinaiki air. - Astro AWANI
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Hujan lebat tahap merah, air pasang besar punca banjir kilat di Johor Bahru
Hujan lebat tahap merah serentak dengan air pasang besar menjadi antara punca banjir kilat di beberapa kawasan di Bandaraya Johor Bahru semalam.