KUALA LUMPUR: Cuaca mendung serta hujan di Selangor dan Pulau Pinang sejak petang tadi tidak menghalang orang ramai untuk berhimpun bagi menzahirkan sokongan dan solidariti kepada rakyat Palestin.
Di Selangor, sekitar 1,000 orang dianggarkan hadir pada himpunan 'Solidariti 4 Palestin' anjuran Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Munsyid Malaysia) yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, dan turut dihadiri Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari serta Ahli Parlimen Shah Alam Azli Yusof.
Himpunan berkenaan yang diwarnai kibaran bendera Palestin, serta digemakan dengan laungan takbir dan 'Hancur Zionis dan Yahudi', dimulakan dengan solat maghrib dan diikuti solat isyak serta solat hajat berjemaah dan alunan Asmaul Husna.
Selain itu, himpunan tersebut disemarakkan dengan nyanyian lagu oleh kumpulan nasyid terkemuka antaranya Brothers, Saff-One dan Inteam serta bacaan puisi berkisarkan keadaan semasa, sejarah perjuangan serta penderitaan rakyat Palestin.
Di Pulau Pinang, lebih 2,000 umat Islam menyertai Himpunan Kasih Gaza seawal 4 petang di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bukit Mertajam, dengan berpakaian serba hitam sambil membawa bendera dan sepanduk 'Free Palestine'.
Himpunan anjuran Gabungan SPT (GSPT) bersama Masjid Daerah SPT itu turut membabitkan penyertaan daripada 150 badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin politik, dengan laungan 'Free Free Palestine' dan Allahuakbar bergema di setiap sudut masjid.
Turut diadakan bacaan doa Qunut Nazilah selain pertunjukan silat oleh Anak Gayong SPT sebagai simbolik kepada kekejaman yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin, khususnya kanak-kanak.
Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid yang turut menyertai himpunan itu menyifatkan kekejaman yang dilakukan rejim Zionis terhadap umat Islam di Palestin sebagai satu tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan.
"Isu (Palestin) bukan saja isu umat Islam tetapi isu kemanusiaan yang mendapat sokongan daripada seluruh dunia yang membantah kezaliman oleh Israel.
"Kita di Pulau Pinang juga tidak terkecuali menunjukkan sokongan bersama gabungan lebih 150 NGO bagi menyampaikan mesej kepada Israel supaya hentikan kezaliman terhadap rakyat Palestin," katanya kepada Bernama.
Mohamad berkata Tabung Solidariti Palestin yang dilancarkan pada 12 Okt lepas sehingga kini berjaya mengumpul hampir RM1 juta hasil sumbangan kerajaan negeri, Majlis Agama Islam Pulau Pinang, individu serta badan korporat, dan jumlah keseluruhan kutipan akan diumumkan dalam masa terdekat serta akan diserahkan terus kepada Palestin melalui Kerajaan Malaysia.
Beliau pada masa sama menyeru seluruh umat Islam di negara ini khususnya di Pulau Pinang supaya terus mengadakan solat hajat dan mendoakan kesejahteraan Palestin.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023

Orang ramai mengaminkan doa selepas menunaikan Solat Isyak dan Solat Hajat ketika berkumpul sebagai tanda menyatakan solidariti terhadap rakyat negara itu pada Himpunan Solidarity 4 Palestine di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Hujan berterusan di Sabah dan Sarawak hingga esok
MetMalaysia memaklumkan, daerah yang dijangka terlibat ialah Telupid, Beluran dan Sandakan.

Jumlah kematian akibat kebakaran hutan California meningkat kepada 29
Angka kematian akibat kebakaran hutan yang dahsyat di kawasan Los Angeles meningkat kepada 29.

Hujan berterusan dijangka landa Johor sepanjang hari ini
Kawasan terlibat ialah Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Hujan dijangka turun di Pahang, Terengganu petang ini
Hujan dijangka berlaku di pesisir pantai melibatkan perairan Pahang dan Terengganu pada sebelah petang.

Ribut petir diramal landa utara tanah air esok
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak diramal akan mengalami hujan dan rebut petir sepanjang hari esok.

Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.

Banjir: 405 orang berlindung di enam PPS di Perak
Pada Isnin Jabatan Meterologi Malaysia menjangkakan hampir semua daerah di negeri ini akan hujan pada sebelah petang dan malam.

Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.

Taman Tasik Taiping mulai 'dilimpahi' air, pengunjung lega
Dikenali dengan gelaran bandar tadahan hujan, ramai mata yang tertumpu di sini susulan tular paras air tasiknya yang mengering.