BAGI penggemar daging, 'sup torpedo' pasti tidak kedengaran asing lagi kepada mereka. Ia antara makanan yang mendapat permintaan ramai.
Malah, ketika musim korban, ada yang sanggup tunggu untuk mendapatkan bahagian itu.
Namun begitu, ada pandangan yang menyatakan ia tidak elok untuk dimakan kerana melibatkan bahagian anggota yang ‘tidak lalu’ untuk dimakan.
Maklum sahajalah, 'sup torpedo' yang dimaksudkan itu merupakan sup yang menggunakan anggota zakar lembu jantan sebagai bahan asasnya.
Dalam hal itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, bahagian zakar lembu termasuk sebagai antara yang halal dimakan, tetapi makruh hukumnya jika menjamahnya.
“Ini kerana ia termasuk dalam kategori anggota yang menjijikkan.
“Bagaimanapun, halal makan 'sup torpedo' berkenaan yang mana bahan asasnya adalah batang zakar lembu jantan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Al-Kafi #1917: Hukum Makan 'Sup Torpedo' dalam laman web rasmi pejabat mufti berkenaan.
Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, bagi haiwan yang halal dimakan, maka keseluruhan bahagian anggota binatang tersebut halal untuk disantap.
Ia bertepatan dengan kaedah fiqh iaitu ‘Sesuatu yang mengikut itu mengambil hukum yang asal’.
Bagaimanapun, perlu diingat bahawa terdapat beberapa bahagian anggota haiwan yang statusnya halal, tetapi makruh untuk dimakan.
Ia sebagaimana hadis diriwayatkan oleh Mujahid bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Baginda SAW tidak suka tujuh bahagian daripada kambing iaitu darah, pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar dan pundi kencing.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
“Walaupun Imam al-Nawawi menilaikan hadis itu daif, tetapi beliau kemudian menukilkan pandangan daripada al-Khattabi yang menyatakan, darah adalah haram menurut ijma’ dan sebahagian anggota yang disebut disebutkan dalam riwayat ini (pundi hempedu, zakar, dua testis, faraj betina, kelenjar dan pundi kencing) adalah makruh.
“Tujuh bahagian anggota tersebut tidak disukai kerana ia dianggap jijik oleh cita rasa manusia yang normal.
“Sementara itu, makruh di sini membawa maksud makruh tahrim (sesuatu yang dianjurkan oleh syariat untuk meninggalkannya atau larangan syarak terhadap suatu perbuatan),” katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 21 2023

Ada pandangan yang menyatakan ia tidak elok untuk dimakan kerana melibatkan bahagian anggota yang ‘tidak lalu’ untuk dimakan. - Gambar hiasan/ Sinar Harian
LKAN: Kerajaan pastikan dana awam diguna dengan berkesan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M.Kulasegaran berkata, kerajaan juga berusaha memastikan dana awam digunakan dengan berkesan dan tidak diselewengkan.
LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari yang rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi mengesyorkan antaranya, mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian dan tidak memberikan pulangan sewajarnya.
PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman
Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, sehingga 31 Disember 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.
133 Penyata Kewangan Agensi Persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Melalui laporan tersebut, beliau berkata sebanyak 98 daripada 142 agensi Persekutuan telah menerima geran berjumlah RM33.628 bilion daripada Kerajaan Persekutuan pada tahun 2023.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki penurunan di Wall Street.

133 penyata kewangan agensi persekutuan diberi sijil tanpa teguran - Ketua Audit Negara
Sembilan agensi menerima sijil dengan Pendapat Diubahsuai, termasuk lapan dengan Pendapat Berteguran dan satu dengan Pendapat Bertentangan.

LKAN 1/2025: Kaji semula hala tuju syarikat subsidiari rugi, antara syor Ketua Audit Negara
Antara lain, Ketua Audit Negara mengesyorkan dikaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian.
Iran adakan majlis berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

Apple akan integrasi modem dalam cip pemproses pada 2028
Modem keluaran Apple hanya akan diintegrasi dalam cip keluaran Apple menjelang 2028 kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon.
Pembuli juga akan berdepan dengan undang-undang Negara -Timbalan Menteri Pertahanan
Timbalan Menteri Pertahanan menegaskan pihak Kementerian Pertahanan akan mengambil tindakan tegas terhadap pembuli.
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya selalu ulang didalam dewan ini, pembulian bukan sahaja melibatkan tindakan tegas daripada kita. Pembuli juga harus menerima hakikat bahawa mereka juga akan berdepan dengan undang-undang negara”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Hukum makan 'sup torpedo' yang wajib diketahui
BAGI penggemar daging, sup torpedo pasti tidak kedengaran asing lagi kepada mereka. Ia antara makanan yang mendapat permintaan ramai.