PUTRAJAYA: Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini setelah Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati yang dikenakan ke atas mereka kepada penjara 30 tahun.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, yang mengetuai panel tiga hakim, meringankan hukuman itu selepas menolak rayuan Lim Teck Hock dan Lee Sheue Ning terhadap sabitan kesalahan mereka.
Beliau berkata dadah itu ditemui di dalam bilik tidur yang diduduki oleh kedua-dua perayu dan dakwaan mereka bahawa dadah itu milik dua orang lain adalah tidak munasabah.
Hakim Hadhariah bagaimanapun berkata mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) untuk meringankan hukuman mati pasangan itu kepada penjara seumur hidup iaitu 30 tahun bagi setiap pertuduhan, yang bermula dari 1 Nov 2018, tarikh mereka ditangkap.
Hukuman penjara mereka berjalan serentak yang bermakna Lim dan Lee perlu menjalani hukuman penjara 30 tahun. Lim tidak dikenakan sebatan kerana berusia lebih 50 tahun.
Dua lagi hakim yang bersidang ialah ialah Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin.
Lim, 63 dan Lee, 31, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 27 Sept tahun lepas kerana kesalahan mengedar 77.9 gram heroin dan monoacetylmorphines dan 1517.3 gram methamphetamine di sebuah pangsapuri di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 3.20 pagi pada 1 Nov 2018.
Peguam P. Latsmanan dan Hussaini Abdul Rashid yang mewakili Lim dan Lee masing-masing berhujah bahawa dadah itu milik dua lagi individu yang turut ditahan polis kerana kesalahan dadah.
Latsmanan berkata kedua-dua individu berkenaan tinggal di pangsapuri yang disewa itu beberapa hari sebelum perayu berpindah. Beliau berkata perayu itu bukan suami isteri tetapi tinggal bersama.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fuad Abdul Aziz berhujah bahawa dadah itu milik perayu kerana dijumpai di bilik tidur utama yang diduduki pasangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023

Mahkamah menggunakan budi bicara di bawah Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) untuk meringankan hukuman mati pasangan itu. - Gambar hiasan

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Polis tahan pengedar, rampas hampir 20 kg dadah di Ipoh
Polis menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki mengedar dadah serta merampas hampir 20 kilogram (kg) dadah di Meru, di sini, pada Selasa lepas.

Indonesia bebaskan lima rakyat Australia ahli pengedar dadah ‘Bali Nine’
Pembebasan itu dicapai selepas Canberra mencapai perjanjian dengan Indonesia untuk menamatkan hukuman penjara selama dua dekad di luar negara.

Polis lepas tiga tembakan, seorang lelaki ditahan
Polis melepaskan tiga das tembakan ke arah tayar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di kawasan sebuah apartment di Johor Bahru.

Dua lelaki diberkas ketika urus niaga 54kg ganja tepi jalan
Seorang pemandu peribadi dan pekerja kedai makan diberkas kerana disyaki mengedar 51 ketulan mampat ganja bernilai RM168,020.

Lelaki didakwa edar 63.48 kilogram kanabis
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 63.48 kilogram, awal bulan ini.

Pengedar letak tanda untuk jual dadah
Tindakan itu dipercayai digunakan untuk penjualan kesemua jenis dadah berkenaan di salah satu lokasi tanah lot di Taman Sentosa.

Polis Terengganu rampas dadah RM4.47 juta sepanjang 2023
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai RM4.47 juta sepanjang 2023.

Banduan tawan 139 pengawal, kakitangan penjara di Ecuador
Kira-kira 125 pengawal penjara dan 14 pegawai pentadbiran dijadikan tawanan oleh banduan di lima penjara di Ecuador ekoran rusuhan dan pemberontakan yang tercetus pada Isnin, lapor Xinhua.

Hukuman gantung bekas mekanik, pasangan bersalah edar dadah diganti penjara
Seorang bekas mekanik dan seorang bekas jurusolek yang didapati bersalah atas dua pertuduhan mengedar dadah, terlepas daripada hukuman gantung hari ini.

Edar dadah, bapa anak satu dipenjara seumur hidup, 15 sebatan
Lelaki terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana mengedar dadah jenis kanabis seberat 495.2 gram, tiga tahun lalu.