PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Isnin mengekalkan sabitan dan hukuman seorang warga Nigeria yang dihukum gantung selepas didapati bersalah mengedar dadah dengan cara menyembunyikan 99 kapsul metamfetamina di dalam perutnya sembilan tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat berkata, setelah menimbangkan bukti secara keseluruhan, mahkamah sebulat suara yakin bahawa sabitan mengedar dadah terhadap Ikenna Emmanuel Chukwudulu adalah selamat.
Justeru, beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan menolak rayuan Chukwudulu terhadap sabitan serta hukuman mati.
Chukwudulu, 44, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 November 2017 setelah didapati bersalah mengedar 1,085 gram metamfetamina di tandas Wad 6C Hospital Serdang antara 9.30 pagi 15 Jun 2012 dan 10. 55 pagi 16 Jun 2012.
Warga Nigeria itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 8 Januari 2019.
Mengikut fakta kes, polis telah menahan Chukwudulu di kawasan menuntut bagasi di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang pada 14 Jun 2012 dan pemeriksaan badan serta beg yang dilakukan ke atasnya tidak menemukan apa-apa.
Chukwudulu kemudian dibawa ke Hospital Serdang untuk menjalani pemeriksaan sinar-X yang mengesahkan bahawa terdapat ‘benda asing’ di dalam badannya.
Selepas membuang air besar, sebanyak 99 kapsul mengandungi dadah telah diperoleh daripada Chukwudulu, yang merupakan peniaga pakaian wanita dan hiasan rambut.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Hukuman gantung ke atas warga Nigeria edar dadah kekal
Sinar Harian
Mon Sep 27 2021
Panel tiga hakim berkata setelah menimbangkan bukti secara keseluruhan, mahkamah sebulat suara yakin bahawa sabitan mengedar dadah terhadap Ikenna Emmanuel Chukwudulu adalah selamat.- Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Pesakit cacar monyet lari dari Thailand dijumpai di Kemboja
Lelaki warga Nigeria berusia 27 tahun itu telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Hukuman gantung ke atas warga Nigeria sembunyi dadah dalam perut kekal
Warga Nigeria itu dihukum gantung selepas didapati bersalah mengedar dadah dengan cara menyembunyikan 99 kapsul metamfetamina di dalam perutnya sembilan tahun lepas.
Campak cucu dari apartmen: Saksi dengar pertengkaran
Jiran suspek di sebuah pangsapuri di Danau Kota, Wangsa Maju terdengar bunyi bising dan pertengkaran sebelum insiden mencampak seorang kanak-kanak berusia empat tahun berlaku.
Lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah bunuh jururawat, Siti Kharina
Mahkamah menetapkan 13 Ogos ini untuk sebutan semula kes dan prosiding perbicaraan dijalankan pada 1, 2, 3, 15, 21 dan 22 Sept depan.
Sanggup tinggalkan bayi teresak-esak, terjun bangunan elak ditahan imigresen
Operasi dilakukan di dua lokasi di sekitar ibu negara dan tertumpu kepada warga asing terutama warga Afrika.
Tiada kes jangkitan cacar monyet dikesan di Johor
Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengambil langkah berjaga-jaga susulan satu kes "monkeypox" yang dikesan di Singapura, melibatkan warga Nigeria berusia 38 tahun.
[EKSKLUSIF] Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses rumah sewa Siti Kharina - Polis
Suspek utama warga Nigeria mempunyai akses kepada rumah sewa Siti Kharina
Polis buru teman lelaki ibu mangsa dera
Polis memburu seorang lelaki warga Nigeria, Abiziem Afeanyi Stephen, 31 tahun, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera pada 22 Jun lalu.
Tiga sesat di Bukit Cerakah ditemui selamat
Bomba menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada polis kira-kira pukul 12.27 tengah malam sebelum melancarkan operasi mencari dua lelaki dan seorang wanita yang berusia lingkungan 60-an.
Warga Nigeria mati bergaduh dengan warga tempatan
Seorang pelajar warganegara Nigeria mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Batu Muda, Jinjang di sini.