KUALA LUMPUR: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, Human Voyage (M) Sdn Bhd (HVSB) sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan presidennya Datuk Abu Samah Abd Wahab.
Ketua Pegawai Operasi HVSB, Shahaizereen A Hamid, berkata tindakan itu mungkin diambil susulan kenyataan dikeluarkan oleh PKBM dan presidennya selama ini yang dianggap boleh menjejaskan HVSB.
Beliau berkata sepanjang HVSB menganjurkan LTdL pada 2015, 2019, 2020 dan 2022, tidak timbul isu berkaitan dengan hutang kepada mana-mana kontraktor mahupun pasukan, selain hadiah wang kemenangan juga telah dijelaskan.
"Malah HVSB telah membayarkan hutang dari penganjur terdahulu dan perkara ini tidak digembar-gemburkan, malah hingga sekarang PKBM tidak membantu apa-apa dalam hal ini," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, beliau berkata HVSB memahami situasi dihadapi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam menyelesaikan baki bayaran terhadap HVSB disebabkan situasi pasca pandemik COVID-19 serta penelitian dokumen yang memakan masa.
"HVSB mengambil langkah mendiamkan diri bagi menghormati perjanjian yang ada antara pihak HVSB dan juga pihak KBS," katanya.
Semalam, arena sukan negara dikejutkan dengan berita mengenai LTdL 2023 yang dijadual berlangsung dari 23 hingga 30 Sept ini tidak lagi berada dalam kalendar perlumbaan Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI).
Sebelum ini, Abu Samah meluahkan kebimbangan perlumbaan jelajah berbasikal terulung negara itu mungkin tidak akan berada dalam kalendar UCI musim depan disebabkan tunggakan bayaran melebih RM1 juta oleh penganjur edisi lepas kepada lima pasukan bertanding.
Abu Samah dipetik sebagai berkata isu tunggakan itu bukan sahaja mencalarkan reputasi baik LTdL, malah berupaya menjejaskan minat pasukan luar untuk bersaing dalam edisi kali ini dan seterusnya, namun memberi jaminan akan berusaha mengatasi masalah berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Sebelum ini, Abu Samah meluahkan kebimbangan perlumbaan jelajah berbasikal terulung negara itu mungkin tidak akan berada dalam kalendar UCI musim depan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ramai kakitangan Pentagon dijangka diberhentikan - Laporan
Pentagon dijangka memberhentikan kakitangan mereka bermula minggu ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif penjimatan kos, memetik satu laporan semalam.
7 maut dibunuh akibat diserang di Balochistan
Menurut pihakberkuasa Pakistan, kejadian itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan ke Wilayah Punjab timur dari bandar Quetta
Pengawasan udara Filipina di Laut China Selatan sah
Pengawal Pantai Filipina pada Rabu mempertahankan tindakan mereka melakukan pengawasan udara di Laut China Selatan.
Prabowo Ganti Menteri Pendidikan Tinggi dalam Rombakan Kabinet Pertama
Prabowo menggantikan Satro Soemantri Brodjonegoro dalam rombakan kabinet pertamanya sejak memegang jawatan.
Minat pada burung buka ruang jana pendapatan
Taleb menubuhkan sebuah pusat perlindungan dengan hanya beberapa ekor burung pada tahun 2019, sebelum memutuskan untuk mengembangkan menjadi sebuah perniagaan di Basra, Iraq.
Rombakan Kabinet reaksi Prabowo terhadap kegusaran rakyat
Rombakan Kabinet oleh Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dilihat sebagai tindak balas kepada situasi sosio-ekonomi masyarakat, khususnya dalam kalangan pelajar yang menentang cadangan untuk menaikkan yuran pengajian.
Peranan wanita mampu ubah industri, beri inspirasi
Ahmad Zahid berkata, sumbangan berterusan wanita dalam sektor korporat bukan sahaja membentuk semula industri tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu untuk mengejar cita-cita mereka.
Johor rangka pelan induk dijangka dimuktamadkan Jun ini
Kerajaan Johor sedang merangka pelan induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan dijangka dimuktamadkan Jun ini.
PM Anwar gesa sarjana Islam, intelektual bersatu demi Palestin dan Syria
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa para sarjana dan intelektual dunia Islam untuk bersatu menentang perpecahan mazhab, serta mengambil tindakan konkrit dalam menyokong Palestin dan Syria.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

LTdL perlu lebih RM15 juta - Abdul Rashid
Perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 dijangka memerlukan perbelanjaan lebih RM15 juta.

Tourism Malaysia tawar 23 pakej pelancongan sambil tonton perlumbaan LTdL
Pakej yang ditawarkan bakal meliputi destinasi pelancongan popular angtaranya seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.

LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.

De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.

LTdL: Malaysia bukan sekadar pelengkap
Di sebalik kehadiran beberapa pasukan ternama, barisan pelumba Malaysia tetap memiliki aura tersendiri.

LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.

LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.

'Saya bawa suara presiden'
Datuk Amarjit Singh Gill membawa maruah negara apabila beliau menghadiri mesyuarat Eksekutif Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) di Glasgow pada Isnin.