JENAMA fesyen mewah milik Victoria Beckham dilaporkan mempunyai hutang keseluruhan berjumlah kira-kira £53.9 juta (RM287 juta).
Bekas anggota kumpulan Spice Girls berusia 48 tahun itu melancarkan label koleksi pakaian dengan namanya sendiri pada 2008, sebelum berkembang kepada rangkaian lain seperti beg tangan, kasut dan aksesori.
Tetapi kini jenama itu berhadapan situasi sukar apabila jurucakap Victoria mengesahkan angka hutang itu kepada portal The Mirror.
Dalam akaun yang diserahkan pada 2021, juruaudit meletakkan ‘keraguan yang ketara’ tentang keupayaan syarikat berkenaan untuk terus beroperasi apabila ia dilaporkan mengumpul hutang lebih daripada £46 juta (RM248 juta) sejak ia dilancarkan.
"Jumlah pendapatan untuk kumpulan Victoria Beckham Holdings turun 6 peratus kepada £36.1 juta (RM194 juta) berbanding tahun lalu, akibat kesan pandemik global.
"Namun mereka bertindak balas dengan pantas dan mengawal tunai serta perbelanjaan, yang membawa kepada pengurangan ketara dalam kerugian operasinya sebanyak 57 peratus.
"Ia juga hasil daripada kecekapan kos merentas perniagaan dan penstrukturan semula model perniagaan bagi menjadikannya mampan untuk jangka panjang.
"Victoria Beckham Beauty terus mengembangkan portfolionya dengan beberapa pelancaran produk yang berjaya pada tahun ini dan berada dalam kelas tersendiri," kata laporan audit kewangan tersebut baru-baru ini.
Di sebalik kesukaran yang dilalui, isteri bekas bintang bola sepak David Beckham itu dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'.
"Ini identiti Victoria, dia menyukainya dan walaupun banyak halangan, dia tekad mahu meneruskannya," kata seorang rakannya kepada The Mirror.
Agensi
Sun Aug 14 2022

Victoria dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'. - REUTERS/Danny Moloshok

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Victoria Beckham sifatkan reunion Spice Girls hadiah terbaik sambut usia ke-50
Victoria Beckham Sifatkan Reunion Spice Girls Hadiah Terbaik Sambut Usia 50

Wajah Spice Girls hiasi setem peringatan
Royal Mail United Kingdom keluarkan satu set 15 setem meraikan Spice Girls sempena ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.

Hutang hampir cecah RM300 juta, Victoria Beckham tetap tekad teruskan perniagaan
Victoria dilaporkan tetap bertekad meneruskan perniagaannya walaupun dikritik pemerhati sebagai 'projek sia-sia'.

Pasangan David dan Victoria Beckham sambut menantu, Brooklyn nikahi anak jutawan Yahudi
Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi.

Victoria makan hidangan yang sama setiap hari, selama 25 tahun - David Beckham
David Beckham mendedahkan isterinya, Victoria, tidak akan menyentuh hidangan lain selain ikan bakar dan sayur kukus.

25 tahun Spice Girls: Ini fakta yang mungkin anda tidak tahu
Sempena ulang tahun ke-25 Spice Girls, jom baca beberapa fakta tentang kumpulan ini.

David Beckham, Victoria dipercayai dijangkiti COVID-19 selepas hadiri parti
BINTANG bola sepak terkemuka, David Beckham dan isterinya, Victoria dilaporkan pernah dijangkiti COVID-19 selepas menghadiri sebuah parti di Los Angeles, California pada Mac lalu.

Virus korona jejas pendapatan, dana kerajaan ditagih hartawan
Akibat tidak sanggup menanggung beban pembayaran gaji dari poket sendiri, mereka dikecam tangkai jering.

Selepas susut 19 kg, Adele dihadiahkan pakaian oleh Victoria Beckham?
Pereka fesyen yang sinonim dengan jenama Victoria Secret, Victoria Beckham menghadiahkan pakaian jenama miliknya iaitu Posh kepada penyanyi tersebut.

Spice Girls bakal beraksi di Australia Februari tahun depan
Kumpulan The Spice Girls dijangka meneruskan konsert jelajah mereka ke Australia pada Februari 2020.