KUALA LUMPUR: Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Januari 2022 meningkat 82.3 peratus tahun ke tahun namun jatuh 4.9 peratus berbanding Disember 2021, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Berdasarkan data asas pelarasan musim, IATA melaporkan bahawa perjalanan udara domestik pada Januari 2022 meningkat 41.5 peratus berbanding setahun yang lepas namun jatuh 7.2 peratus berbanding Disember 2021.
Hasil penumpang bagi setiap kilometer untuk penumpang antarabangsa atau RPK meningkat 165.6 peratus daripada Januari 2021 namun merosot 2.2 peratus bulan ke bulan antara Disember 2021 dan Januari 2022.
"Pemulihan perjalanan udara terus berlaku pada Januari tahun ini, walaupun berdepan halangan dipanggil Omicron. Mengetatkan kawalan di sempadan tidak menghentikan penularan varian itu.
"Namun di kawasan yang imuniti penduduknya kuat, sistem kesihatan awamnya masih terkawal. Banyak kerajaan kini menyelaraskan dasar COVID-19 agar ia seiring dengan dasar untuk virus endemik yang lain," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam satu kenyataan.
Beliau berkata ini termasuk menarik balik sekatan perjalanan yang telah memberi kesan buruk kepada kehidupan, ekonomi dan kebebasan untuk melakukan perjalanan.
Walsh berkata angka Januari itu tidak termasuk sebarang kesan daripada konflik Rusia-Ukraine yang bermula pada akhir Februari.
Beliau juga menjangkakan sekatan yang terhasil dan penutupan ruang udara akan memberi kesan negatif terhadap perjalanan, terutamanya dalam kalangan negara jiran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 10 2022
Hasil penumpang bagi setiap kilometer untuk penumpang antarabangsa atau RPK meningkat 165.6 peratus daripada Januari 2021 namun merosot 2.2 peratus bulan ke bulan antara Disember 2021 dan Januari 2022. - Gambar hiasan
Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.
Gelombang kedua banjir landa Bintulu - Bomba
Kawasan yang terjejas termasuk Kidurong Avenue, Taman Bilangan, Sungai Plan dan Jambatan Sebatang.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin, nyatakan solidariti
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap rakyat Palestin.
Tumpuan Khamis – 6 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sewaan 28 helikopter dilakukan secara teratur, ikut keperluan - Mohamed Khaled
Sewaan 28 buah helikopter untuk kegunaan pelbagai agensi keselamatan negara telah dilakukan secara teratur dan bersandarkan keperluan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Turkiye siasat serangan udara Israel yang bunuh tiga rakyatnya
Pendakwa raya Turkiye melancarkan siasatan terhadap serangan udara Israel yang mengorbankan tiga rakyat Turkiye yang cuba menyeberang dari Lubnan ke Israel.
Polis Johor lumpuh 25 sindiket edar dadah skala besar tahun lepas
Polis percaya berjaya melumpuhkan 25 sindiket pengedaran dadah berskala besar dengan penahanan 99 anggota sindiket itu dan menyita pelbagai aset bernilai RM17.23 juta, tahun lepas.
Mayat ditemukan selepas lapan jam kereta terbabas
Polis berkata mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemukan di timbunan rumput di tepi tebing parit oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jarak 100 meter dari kawasan kemalangan.
Permohonan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong 2025 dibuka hingga 28 Feb - JPA
Permohonan secara dalam talian bagi Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) 2025 dibuka bermula 3 Feb hingga akhir bulan ini.
Akaun X Tun M digodam, tayang iklan mata wang kripto
Akaun media sosial, aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial telah digodam dan tidak dapat diakses sejak pagi Rabu.
Permintaan kargo udara global kembali pulih pada 2023 - IATA
Pasaran pengangkutan udara global menunjukkan permintaan kargo udara kembali pulih pada 2023 dengan prestasi suku keempat yang kukuh.
Trafik penumpang global meningkat 26.2 peratus pada Julai 2023 - IATA
Trafik global kini berada pada 95.6 peratus daripada tahap sebelum COVID-19, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Trafik penumpang udara meningkat 31 peratus pada Jun 2023 - IATA
Jumlah trafik penumpang udara melonjak 31 peratus tahun ke tahun pada Jun 2023 apabila momentum pemulihan selepas pandemik berterusan.
Pertumbuhan perjalanan udara Mac berterusan - IATA
Perjalanan udara telah mencatatkan pertumbuhan permintaan yang kukuh bagi Mac 2023, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Perjalanan udara terus pulih dengan kukuh pada April - IATA
Perjalanan udara meneruskan aliran pemulihan yang kukuh pada April walaupun perang di Ukraine dan sekatan perjalanan di China, didorong terutamanya oleh permintaan antarabangsa.
IATA: Permintaan perjalanan udara Januari 2022 meningkat 82.3 peratus meskipun penularan Omicron
Jumlah permintaan untuk perjalanan udara pada Januari 2022 meningkat 82.3 peratus tahun ke tahun namun jatuh 4.9 peratus berbanding Disember 2021, kata IATA.
IATA sambut baik pembukaan semula sempadan Malaysia
IATA mewakili kira-kira 290 syarikat penerbangan yang menyumbang 83 peratus daripada trafik udara global.
Permintaan perjalanan domestik naik pada April 2021 - IATA
Pemulihan dalam perjalanan penumpang antarabangsa telah terhenti berikutan sekatan perjalanan yang dikenakan oleh kerajaan.
Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.