BATU PAHAT: Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji tidak lama lagi.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata Jabatan Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) ada membuat pemantauan dan setakat ini tiada laporan mengenainya.
Beliau berkata pihaknya ada menerima satu laporan melibatkan penipuan tawaran haji tahun lepas.
"Setakat ini tiada (laporan), itu sebab kita beri nasihat awal supaya jangan ada jemaah kita yang terpedaya dengan ejen atau kumpulan yang tidak berdaftar dengan Tabung Haji kerana semua pemergian (melibatkan haji) adalah melalui agensi itu," katanya kepada Bernama pada majlis Riang Ria Klasik Aidilfitri di Rumah Orang Semerah 2023, di sini baru-baru ini.
Mohd Fared berkata seramai 3,557 rakyat Johor diberi tawaran menunaikan ibadah haji tahun ini.
Menurutnya jumlah itu membabitkan 14 penerbangan sama ada menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terus ke Tanah Suci atau dari LTAS ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terlebih dahulu.
"Penerbangan pertama pada 30 Mei ini melibatkan 142 jemaah, manakala penerbangan terakhir pada 6 Jun," katanya.
Mohd Fared juga mengingatkan agar jemaah haji yang telah menerima tawaran supaya membuat persiapan dan menjaga diri sebaiknya berikutan cuaca panas kebelakangan ini.
"Kita difahamkan cuaca tahun ini lebih panas daripada biasa. Saya menasihatkan semua jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan mengikut semua garis panduan yang ditetapkan oleh Tabung Haji," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 18 2023
Jemaah haji yang telah menerima tawaran diminta supaya membuat persiapan dan menjaga diri sebaiknya berikutan cuaca panas kebelakangan ini. - Gambar fail/ Reuters
Pasaran getah ditutup rendah, jejaki pasaran serantau
Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin, menjejaki trend dalam pasaran niaga hadapan getah serantau disebabkan peniaga dipengaruhi oleh data ekonomi China yang lemah.
Usaha MPS & IJM land jadikan sandakan bandar mesra kitar semula
Program Trash to Cash (TTC) anjuran Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) terus memperkukuhkan kesedaran masyarakat terhadap amalan kitar semula.
Sarawak terus anjur kejohanan sukan berprestij
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran acara sukan berprestij ini bukan hanya fokus kepada naik taraf fasiliti pada masa sama menyokong ekosistem industri pelancongan.
Warisan ambil pendekatan turun padang, dekati rakyat
Warisan mendakwa masih mempunyai sokongan kuat di peringkat akar umbi dengan pendekatan sentiasa turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat. Ahli Majlis Tertinggi Warisan, Alias Sani yakin dengan pendekatan itu sokongan rakyat terhadap parti Warisan akan meningkat
Lima jawatan tertinggi tidak akan dipertandingkan
Jawatan Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tidak akan dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung PBB bulan depan.
Tidak jalani saringan awal, punca kes Kanser Serviks tinggi di Sarawak
Golongan wanita muda yang tidak menjalani ujian saringan awal kanser serviks antara punca Sarawak menjadi penyumbang tertinggi kes itu dalam negara.
Wanita warga emas maut diserang anjing liar
Seorang wanita warga emas maut selepas diserang sekumpulan anjing liar di kawasan Terminal Bas Kunak, pada Sabtu lalu.
Prabowo yakin isu sempadan, tenaga kerja dapat diselesaikan secara tertib
Prabowo berkata isu tenaga kerja dan sempadan yang sekian lama dibahas antara kedua-dua negara berjiran itu boleh diselesaikan, sekiranya pemimpin mempunyai iltizam politik untuk bekerjasama.
Ketokohan Anwar kunci utama kemampuan Malaysia angkat suara Asean ke pentas dunia
Ketokohan PM Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi kunci utama kepada kemampuan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, untuk meningkatkan imej seterusnya membawa suara blok itu ke pentas dunia.
Prabowo junjung kasih kepada Sultan Ibrahim atas pengurniaan darjah
Prabowo berkata pengurniaan darjah tersebut menjadi lambang keakraban hubungan antara dirinya dengan Sultan Ibrahim serta kerabat Kesultanan Johor.
Elak jadi mangsa tawaran visa haji furada
Tabung Haji (TH) berharap tiada lagi umat Islam di Malaysia yang menjadi mangsa tawaran visa haji furada seperti mana kes yang berlaku pada tahun-tahun sebelum ini.
Ibadah haji: Jemaah jangan terperdaya tawaran orang perseorangan, syarikat
Umat Islam di negeri ini diingatkan agar tidak terperdaya dengan mana-mana tawaran daripada syarikat atau orang perseorangan untuk mengerjakan ibadah haji terutama menjelang musim haji.
Penipuan haji, umrah: 121 laporan polis, kerugian lebih RM5.1 juta
Polis Diraja Malaysia menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada terhadap tiga syarikat pelancongan swasta.