PUTRAJAYA: Ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis hari ini berjaya dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah penggantungan bersyarat diperoleh dua cucunya yang antara lain melarang beliau mendedahkan maklumat berkaitan akaun Rantai Wawasan Sdn Bhd kepada pihak ketiga.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Yaacob Md Sam secara sebulat suara membenarkan rayuan Aminah Abdullah, 87, untuk mengetepikan perintah penggantungan bersyarat yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi pada September tahun lepas kepada Nur Anis Jamaludin dan Ikwan Hafiz Jamaludin.
"Kami berpandangan bahawa tiada keadaan khas yang mewajarkan keputusan Mahkamah Tinggi," katanya yang bersidang dengan Datuk Supang Lian dan Datuk Nazlan Mohd Ghazali.
Yaacob juga berkata terdapat merit dalam rayuan Aminah justeru, mahkamah membenarkannya dengan kos RM10,000 terhadap Nur Anis dan Ikwan Hafiz.
Dalam saman yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham Rantai Wawasan, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insight Sdn Bhd sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.
Penyataan tuntutan Aminah mendakwa bahawa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.
Pada 13 Ogos tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk mendapatkan deklarasi bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan dimasukkan sebagai harta pusaka peninggalan arwah.
Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Aminah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta saham Alpine Motion dan dua juta saham Ivory Insight adalah sebahagian daripada harta pusaka anak lelakinya.
Pada 20 Sept tahun lepas, Nur Anis and Ikwan Hafiz memperoleh perintah penggantungan bersyarat daripada Mahkamah Tinggi sementara menunggu pelupusan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bahawa saham Rantai Wawasan dimasukkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka Jamaludin.
Aminah turut memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mendapatkan deklarasi bahawa saham dua lagi syarikat dimasukkan sebagai sebahagian daripada harta pusaka.
Rayuan berhubung isu itu dijadualkan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Mac depan.
Jamaluddin, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, terbunuh dalam tragedi helikopter terhempas pada 4 April 2015.
Peguam Wan Zafran Pawancheek dan Pawancheek Marican mewakili Aminah pada prosiding hari ini yang berlangsung secara maya manakala peguam S.Suhendran mewakili Nur Anis dan peguam Frank Wong mewakili Ikhwan Hafiz.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
![Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641903292_AminahAbdullah.jpg)
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Yaacob Md Sam secara sebulat suara membenarkan rayuan Aminah Abdullah. - Gambar fail/Astro AWANI
![Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731393622_garisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lemas mandi di kolam renang dewasa
Polis terima laporan Hospital Sultan Idris Shah pada 2.40 petang, selepas seorang kanak-kanak dihantar dalam keadaan tidak sedarkan diri.
![Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739233803_massgrave.jpg)
Agensi PBB bangkitkan kebimbangan berhubung penemuan kubur besar di Libya
IOM berkata, 19 mayat, sebahagiannya dengan kesan tembakan ditemui di Jikharra, kira-kira 440 kilometer tenggara Benghazi.
![Pemandu lori maut kemalangan di WCE Pemandu lori maut kemalangan di WCE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739233661_kemalangan.jpg)
Pemandu lori maut kemalangan di WCE
Pemandu lori kontena itu maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas sendiri dalam satu kemalangan pada awal pagi.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738922827_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.
Harga kopi di NY lonjak 6% akibat 'panic buying'
Harga kopi hadapan di Bursa ICE New York melonjak lebih 6% pada Isnin, mencatat rekod tertinggi baharu melebihi $4.30 (RM19.87) per paun.
Amerika Syarikat larang transgender sertai tentera
Tentera Amerika Syarikat kini melarang individu transgender daripada menyertai pasukan tentera serta menghentikan semua prosedur peralihan jantina bagi anggota yang sedang berkhidmat.
PBB bimbang keadaan tebusan Israel dan tahanan Palestin
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kebimbangan terhadap keadaan tebusan Israel serta tahanan Palestin yang dilepaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata Gaza.
![Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739231486_BretBaier.jpg)
Rakyat Palestin tiada hak kembali ke Gaza di bawah rancangan Amerika Syarikat - Trump
"Saya akan memilikinya (Gaza). Anggap ini sebagai pembangunan hartanah untuk masa depan. Ia akan menjadi sebidang tanah yang indah. Tidak memerlukan perbelanjaan besar."
Negara-negara Arab tolak cadangan Trump untuk Gaza
Mesir menegaskan bahawa negara-negara Arab menyokong Palestin dalam menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza dan mengambil alih kawalan wilayah itu.
![Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81641903292_AminahAbdullah.jpg)
Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat
Aminah berjaya mengetepikan perintah penggantungan bersyarat diperoleh dua cucunya yang antara lain melarang beliau mendedahkan maklumat berkaitan akaun Rantai Wawasan Sdn Bhd kepada pihak ketiga.