Ibu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak bermula dari peringkat sekolah rendah, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
Beliau berkata ia penting dan perlu diberi penekanan kerana pendidikan di peringat sekolah rendah adalah penentu hala tuju pendidikan seseorang pelajar itu.
"Jika seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang di peringkat sekolah rendah maka saya percaya kecemerlangan itu akan terus dikecapi sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.
"Oleh itu saya menyarankan agar ibu bapa perlu sentiasa memantau atau mengambil tahu tentang perkembangan pembelajaran anak masing-masing," katanya pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Tawau, di sini hari ini.
Nizam juga berkata pelajar harus mengetahui dan memahami kaedah-kaedah kemahiran belajar dari peringkat sekolah rendah.
"Oleh itu para guru di sekolah rendah perlu terus mempertingkat komitmen untuk mendidik pelajar masing-masing kerana kecemerlangan seseorang pelajar itu datang daripada kecemerlangan guru yang mendidik," katanya.
Bernama
Thu Jan 29 2015
NIZAM: Pelajar harus mengetahui dan memahami kaedah-kaedah kemahiran belajar dari peringkat sekolah rendah. - Gambar Fail
Operasi mencari pemandu jatuh ke dalam lubang tanah jerlus diteruskan
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi berkata, langkah keselamatan yang ketat turut diambil kira bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin semasa operasi dijalankan.
Bintang Smallville ditahan memandu dalam keadaan mabuk
Tom Welling ditahan polis hujung minggu lalu kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.
Hamas bebaskan askar wanita Israel
Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza.
[TERKINI] Lebih 60 penumpang dikhuatiri maut nahas Black Hawk-American Airlines
Menurut Ketua Bomba Washington, John Donnelly menerusi sebuah sidang media pada Khamis, setakat ini, setakat ini hanya 28 mayat berjaya ditemui
Mangsa di Sarawak Sabah meningkat
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak semakin buruk dengan keseluruhan mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu meningkat kepada 11,886 orang setakat Khamis malam.
Nurin Hannani ditemukan selamat
Pelajar wanita Malaysia di Hiroshima, Jepun yang dilaporkan hilang telah ditemukan selamat dan dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo.
Lelaki ugut pelawak popular dan keluarganya didakwa esok
Seorang lelaki yang disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya baru-baru ini akan didakwa di mahkamah, pada Jumaat.
Polis kesan tiga lagi suspek, lima individu telah ditahan
Polis sedang mengesan tiga lagi suspek dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, awal pagi Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 30 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ibu bapa disaran utamakan pendidikan anak-anak dari sekolah rendah
bu bapa perlu mengutamakan pendidikan anak-anak bermula dari peringkat sekolah rendah, kata Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.