KUALA LUMPUR: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid bermula bulan ini membantu ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan murid bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini.
Ibu bapa ketika ditemui Bernama pada Isnin berkongsi rasa syukur dengan inisiatif kerajaan melibatkan peruntukan berjumlah RM788,130,000 menerusi Belanjawan 2024 dalam membantu mereka menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Di Perlis, seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Arau Kpl Zubaidah Mohamad Al Bakri, 48, berkata BAP yang diterima pada minggu lepas memberi kelegaan kepada beliau sekeluarga dalam memenuhi keperluan persekolahan lima anaknya.
"Saya ada 10 anak, lima anak masih bersekolah, tiga orang berada di sekolah menengah, manakala dua lagi di sekolah rendah. Dengan bantuan ini saya boleh membeli kasut dan baju sekolah serta peralatan sekolah mereka yang lain, memang saya lega banyak," katanya kepada Bernama.
Di Pulau Pinang, seorang pembantu klinik Noor Shamira Mohd Noor berkata inisiatif BAP itu membantu beliau sekeluarga dalam membuat persiapan barangan persekolahan untuk tiga anaknya yang bersekolah di sekolah rendah dan menengah di sini.
Berkongsi rasa syukur, Noor Shamira dan suaminya Mohd Azhar Hamzah, 40, berkata bantuan itu cukup bermakna khususnya apabila sesi persekolahan akan bermula pada bulan puasa yang hampir dengan sambutan Aidilfitri.
"Dua orang akan masuk darjah satu dan empat manakala seorang lagi tingkatan satu, jadi memang banyak duit nak guna untuk perbelanjaan nanti...terima kasih kerajaan kerana prihatin dan beri bantuan awal tersebut," katanya.
Sementara itu, di Terengganu, pekerja buruh, Ibrahim Zakaria, 37, dari Paka berkata setiap kali sesi persekolahan bakal bermula, beliau runsing memikirkan untuk memenuhi keperluan anak-anak terutama pakaian, buku dan alat tulis.
Malah, bapa kepada tiga anak itu adakalanya terpaksa berhutang dengan keluarga terdekat untuk menyiapkan kelengkapan persekolahan yang memakan belanja lebih RM500.
"Bagi orang lain RM500 tu mungkin kecil, tetapi pada kami jumlah itu sangat besar...boleh beli barang dapur untuk sebulan. Lebih-lebih lagi sekarang saya dah dua minggu tak bekerja kerana projek telah siap.
"Alhamdulillah dengan bantuan ini, dapatlah beli kasut dan beg baru untuk anak saya yang darjah dua dan empat. Beg lama dah lusuh dan koyak," katanya.
Di Pahang, seorang pekerja swasta Leong Chung Keong, 48, berkongsi bahawa anak perempuannya yang bersekolah di tingkatan empat akan menggunakan BAP itu untuk membeli buku latihan manakala anak bongsunya berusia 11 tahun pula akan menyimpan wang itu untuk kegunaan masa depan.
Sementara itu, jururawat Yusliza Razali, 40, berkata wang itu sangat membantu memandangkan tiga anaknya masih bersekolah dengan suaminya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
"Perbelanjaan mula sekolah memang semakin meningkat bila anak membesar. Duit itu membolehkan kami menyiapkan keperluan anak sebaiknya," katanya.
Di Negeri Sembilan pula Norafidah Assan, 38, yang menerima BAP berjumlah RM300 bagi dua anaknya berusia lapan dan 10 tahun berkata wang itu dapat digunakan untuk membuat persiapan awal dengan membeli buku sekolah anak-anaknya.
"Tahun ini sesi persekolahan dibuka hampir dengan sambutan bulan Ramadan, kewangan perlu diuruskan dengan baik dan teratur, jadi dengan bantuan ini saya dan suami dapat membuat persiapan lebih awal," katanya.
Berkongsi nada sama, di Johor, seorang ibu kepada dua orang anak yang masih bersekolah Nur Amienah Md Shukor, 46, dari Batu Pahat bersyukur dengan bantuan BAP berkenaan dan mengharapkan bantuan seperti itu dapat diteruskan setiap tahun.
"BAP ini akan membantu terutamanya kepada golongan B40, selain perlu memikirkan untuk membeli barangan keperluan harian, ibu bapa juga perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk anak-anak setiap kali sesi persekolahan bermula," katanya.
Bagi Noor Azura M Amin, 35, beliau berpandangan BAP merupakan cara kerajaan membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, termasuk juga ibu bapa yang mempunyai anak ramai.
Di Kelantan, suri rumah Norzasren Atirah Kamarul, 30, berkata beliau bersyukur kerana tiga anaknya mendapat bantuan itu dan akan digunakan dengan sebaik mungkin.
"Bantuan ini memberi penjimatan sebanyak RM450 kepada saya dan ia satu jumlah yang besar untuk membeli baju dan kasut sekolah anak-anak,"katanya ketika ditemui di sebuah sekolah di sini hari ini.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan BAP akan disalurkan kepada sekolah bermula Januari 2024 kepada setiap murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Inisiatif BAP di bawah Belanjawan 2024 itu memperuntukkan RM788,130,000 dan akan memanfaatkan seramai 5.25 juta murid melalui pemberian RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 29 2024

BAP sebanyak RM150 yang diberikan kepada setiap murid bermula bulan ini membantu ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan murid bagi menghadapi sesi persekolahan Mac ini. - Foto fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.

Negeri Sembilan sedia 26,548 rumah mampu milik sejak 2018 - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan 26,548 unit Rumah Mampu Milik (RMM) setakat ini di kawasan tumpuan penduduk dan tinggi permintaan termasuk di daerah ini.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

INSKEN sasar latih 25,000 usahawan, tumpu golongan B40
Institut Keusahawanan Negara menyasarkan untuk melatih 25,000 usahawan menerusi program latihan dan bimbingan bersama agensi serta jabatan termasuk NGO tahun ini.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada 6,500 keluarga, 2,000 pelajar pada program Muhibbah Madani
Anwar hari ini menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas harian kepada 6,500 keluarga dan barangan persekolahan kepada 2,000 murid sekolah rendah dan menengah sempena program Muhibbah Madani.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

RM11 juta peruntukan pemerkasaan ekonomi Komuniti Bandar 2025 - KPKT
Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) 2025.

UniSZA tekan aspek ketelusan proses pemilihan dan kemasukan pelajar
Fadzli berkata, dakwaan mengenai kemasukan "pintu belakang" pelajar ke universiti awam adalah tidak tepat dan sama sekali tidak berasas.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.