SHAH ALAM: Ibu bapa kepada pelajar yang menjadi mangsa buli mempunyai pilihan untuk mengambil tindakan undang-undang jenayah dan saman sivil terhadap pihak bertanggungjawab termasuk pihak sekolah.
Pakar Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, laporan polis perlu dibuat untuk tindakan di bawah undang-undang jenayah seperti di bawah Kanun Keseksaan untuk kesalahan yang menyebabkan kecederaan.
“Namun perlu melibatkan kecederaan fizikal. Kesan mental tidak cukup untuk membawa tindakan tuduhan jenayah. Cedera perlu dibuktikan sama ada cedera ringan atau cedera parah.
“Jika berlaku kematian, ia akan membawa tuduhan bunuh atau menyebabkan kematian secara salah.
“Selain itu, ibu bapa pelajar juga boleh mengambil tindakan saman sivil terhadap pelajar dengan menyaman sekolah.
"Tindakan sama ada atas nama guru besar atau pengetua sekolah dan kerajaan Malaysia jika melibatkan sekolah kerajaan. Jika sekolah swasta, pengetua dan sekolah tersebut perlu bertanggungjawab,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas adakah ibu bapa pelajar yang menjadi mangsa buli boleh mengambil tindakan mahkamah sebagaimana yang pernah berlaku sebelum ini.
Mengulas lanjut, Nik Ahmad Kamal menjelaskan, secara amnya, guru-guru dan pihak sekolah bertanggungjawab dalam memastikan pelajar selamat di sekolah termasuk mengambil tindakan dengan sewajarnya untuk mengelakkan kes buli.
Mengikut rekod pada 28 September 2019, Mahkamah Tinggi Terengganu memerintahkan sembilan pihak termasuk lima bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud membayar tuntutan RM616,634.20 kepada seorang bekas pelajar sekolah itu yang menjadi mangsa buli.
Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan difailkan plaintif yang ketika kejadian berusia 14 tahun menerusi bapanya, Ahmad Fauzi Abdullah, 50, pada 2 April 2017.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Dec 11 2021

Profesor Dr Nik Ahmad Kamal berkata, ibu bapa pelajar juga boleh mengambil tindakan saman sivil terhadap pelajar dengan menyaman sekolah.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Buli: Lima pelajar senior ikat, letak dumbel pada alat kelamin junior
Kumpulan pelajar senior tersebut turut didakwa sering memeras ugut wang daripada pelajar junior berkenaan untuk membeli minuman keras.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Tiada tolak ansur isu penganiayaan di institusi ketenteraan - Mohamed Khaled
Kementerian Pertahanan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penganiayaan termasuk budaya buli atau ragging dalam institusi ketenteraan di bawah kementerian itu.

PLKN 3.0: Kerajaan belanja RM64 sehari untuk setiap peserta
Kerajaan secara purata membelanjakan RM64 sehari bagi setiap peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dua RUU tangani isu buli diluluskan Dewan Negara
Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) (No 2) 2024 bagi menangani isu buli.

Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Sehari tayangan, Kahar: Kapla High Council raih kutipan RM1 juta
Baru sehari ditayangkan, filem Kahar: Kapla High Council berjaya meraih kutipan RM1 juta!

"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"

Isu buli UPNM: Pegawai kadet jalani pemeriksaan fizikal berkala kesan penderaan
Pemeriksaan fizikal berkala akan dijalankan terhadap pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan UPNM bagi mengesan sebarang aktiviti penderaan.