Ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Perlis hari ini menandatangani akujanji bagi memastikan anak mereka hadir ke sekolah setiap hari dalam usaha mengekang gejala ponteng dalam kalangan murid sekolah berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan berkata peranan ibu-bapa yang mengambil berat terhadap kepentingan pendidikan anak-anak adalah faktor utama mendorong dan mempengaruhi sikap seseorang murid di sekolah.
Beliau berkata daripada keseluruhan 800 murid Tahun Satu hingga Enam di sekolah berkenaan, purata sebanyak 50 murid direkodkan tidak hadir ke sekolah setiap hari.
"Hasil tinjauan pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) yang dilakukan ke rumah pelajar yang kerap ponteng sekolah mendapati ibu bapa tahu tentang hal tersebut dan menganggap ia perkara biasa.
"Malah, ibu bapa turut menyebelahi anak-anak mereka yang bersikap malas serta banyak alasan seperti penat, tiada buku dan wang belanja untuk ke sekolah," katanya ketika ditemui Bernama.
Mat berkata demikian selepas mengetuai program lawatan 'Tautan Kasih' anjuran bersama pihak sekolah dan PIBG berkenaan ke 28 buah rumah pelajar sekolah itu, di beberapa buah kampung dan taman perumahan di sini, Ahad.
Cari penyelesaian
Pendekatan itu juga antara usaha untuk mengetahui lebih dekat mengenai masalah lain dihadapi keluarga dan murid yang dikenal pasti kerap tidak hadir ke sekolah serta bersama-sama membantu mencari penyelesaian, katanya.
Mat berkata selain mempengaruhi peningkatan mutu pelajaran murid-murid, kehadiran di sekolah secara konsisten juga mampu mengelak mereka terlibat dengan aktiviti lain yang tidak berfaedah.
"Faktor kemiskinan bukan alasan untuk seseorang murid tidak pergi ke sekolah kerana kerajaan menyediakan pelbagai saluran untuk membantu mereka, apa yang penting ialah sikap dan kesedaran orang ramai dalam memberi perhatian kepada pendidikan anak masing-masing," katanya.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri turut prihatin dan memberi bantuan bagi meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan antaranya bagi ibu bapa murid yang bekerja sebagai petani, buruh binaan, nelayan termasuk ibu atau bapa tunggal.
Selepas ini, lawatan susulan ke rumah keluarga murid-murid terbabit akan dilakukan serta menyambung misi program kepada keluarga pelajar yang ponteng di sebuah sekolah menengah di sini, katanya.
Bernama
Sun Apr 10 2016

Langkah yang diambil ibu bapa murid SK Kuala Perlis itu adalah untuk mengetahui lebih dekat mengenai masalah lain yang dihadapi keluarga dan murid terlibat. - Foto sumber Facebook SK Kuala Perlis

DNB, META jalin kerjasama tubuh makmal inovasi di Malaysia
DNB dan Meta bekerjasama menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara ketara.

JAKIM kerjasama dengan pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan
JAKIM terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM, MCMC, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.
[TERKINI] Fifa kaji cadangan tambah jumlah pasukan Piala Dunia 2030
Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kini sedang meneliti cadangan untuk menambah jumlah pasukan bertanding dalam Piala Dunia 2030 kepada 64 sebagai langkah khas sempena meraikan ulang tahun ke-100 kejohanan itu.

Kerajaan pertimbang insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol - KPDN
Kerajaan mempertimbangkan pemberian insentif khas kepada syarikat pembungkus minyak masak kemasan botol.
[TERKINI] KPDN ambil langkah segera atasi isu gangguan bekalan minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDN) telah memberi taklimat kepda Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu gangguan bekalan minyak masak sawit botol di pasaran dan beberapa langkah segera akan diambil.

Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Presiden Yoon
Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera.
Isu agama, kaum jangan jadikan senjata politik, ia membakar diri - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan seluruh rakyat Malaysia sebarang masalah kaum dan agama mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan. "Islam agama Persekutuan, kita martabatkan tetapi kita jaga keharmonian," katanya. #AWANInews
[TERKINI] Pengurangan taburan hujan hingga 40% di beberapa kawasan pada Mac, April
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan pengurangan hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding keadaan biasa di Utara, Pantai Barat dan Timur Sabah pada Mac dan Barat Sarawak pada April.
Letupan Starship: FAA Hentikan Penerbangan di Beberapa Lapangan Terbang
Kapal angkasa Starship milik SpaceX meletup di angkasa pada 6 Mac, beberapa minit selepas berlepas dari Boca Chica, Texas. Ini merupakan kegagalan kedua program roket ke Marikh oleh Elon Musk selepas letupan Starship pada Januari lalu. Federal Aviation Administration (FAA) menghentikan penerbangan di beberapa lapangan terbang Miami, Fort Lauderdale, Palm Beach dan Orlando bagi mengelakkan serpihan Starship menjejaskan operasi. #AWANInews
Mangsa banjir Melaka meningkat kepada 330 orang
Jumlah mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 330 orang daripada 93 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 248 orang daripada 77 keluarga pada 8 malam tadi.

Ibu bapa murid SK Kuala Perlis tandatangani akujanji elak anak ponteng sekolah
Hasil tinjauan pihak sekolah dan PIBG mendapati ibu bapa tahu tentang hal ponteng sekolah itu tetapi menganggap perkara biasa.