Usaha kerajaan dalam mewajibkan pemakaian Kerusi Keselamatan kanak-kanak ataupun 'Child Restraint System' (CRS) pada tahun hadapan disambut baik golongan ibu bapa.
Rata-rata ibu bapa yang ditemui Bernama bersetuju dengan langkah yang diperkenalkan Kementerian Pengangkutan menangani isu kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan dan kematian di kalangan kanak-kanak.
Pekerja swasta, Atika Abd Gafar, 29, berkata penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak dapat mencegah dan mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti terhantuk ketika brek kecemasan.
Kata ibu kepada dua anak, soal keselamatan si kecil perlu diutamakan selain berfungsi untuk melindungi anak-anak dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran.
"Mungkin ada yang beranggapan kerusi khas kanak-kanak ini agak mahal dan ada yang kurang berkemampuan untuk membelinya.
"Oleh itu kita berharap kerajaan mencari langkah terbaik seperti memantau atau mengawal harganya supaya tidak membebankan ibu bapa," katanya ketika ditemui Bernama di sini.
Bagi Othman Zainal, 40, yang bekerja di sebuah syarikat swasta dekat sini berkata pemakaian kerusi keselamatan perlu disokong dalam usaha meningkatkan keselamatan di jalan raya khususnya terhadap golongan kanak-kanak.
Penjawat awam, Salwa Umairah Khalil, 32, keselamatan kanak-kanak menjadi keutamaan setiap masa oleh ibu bapa.
Tanggungjawab orang dewasa memastikan agar keselamatan anak-anak mereka diberi perhatian.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan Majlis Pelancaran Mewajibkan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak di Makmal Ujian Pelanggaran Miros PC3 di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019

Menjadi tanggungjawab orang dewasa memastikan agar keselamatan anak-anak mereka diberi perhatian sepanjang masa termasuk semasa dalam perjalanan ketika menaiki kenderaan. - fotoBERNAMA/Hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiga suspek insiden kereta kabel terhempas dibebaskan dari penjara
Hakim, Donatella Banci Buonamici dalam hujahannya berkata tiada langsung bukti yang boleh dikenakan terhadap Nerini dan Perocchio.

52 doktor diterbangkan ke lokasi nahas kereta api Mesir
Dua pesawat membawa 52 doktor, kebanyakannya pakar bedah dihantar ke Sohag, Mesir.

Ibu bapa sambut baik usaha wajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak
Soal keselamatan si kecil perlu diutamakan selain kerusi keselamatan itu berfungsi melindungi anak-anak dalam kenderaan semasa berlakunya pelanggaran.