Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh anaknya di rumah pasangan itu, di sini antara 18 dan 19 Okt lalu.
Roshimah Abdullah, 27; Mohd Sapawi Ab Talib, 27; dan Shukur Ab Talib, 31; didakwa membunuh kanak-kanak kurang upaya, Mohamad Roshamnudin Abdullah, 11, pada 8.30 malam (18 Okt) hingga 4.30 petang (19 Okt) di rumah pasangan itu di Kampung Bukit Tekedai, Endau, dekat sini.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit ke-salahan.
Mohamad Roshamnudin merupakan anak kandung kepada Roshimah daripada perkahwinan lalu dan Mohd Sapawi, yang bekerja sebagai pemotong rumput merupakan bapa tiri kepada Mohamad Roshamnudin.
Ketiga-tiga tertuduh, yang tidak diwakili peguam itu, mengangguk faham bila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Mazana kemudiannya menetapkan 7 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan DNA, kimia dan forensik.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin.
Pada 19 Okt lalu, Mohamad Roshamnudin didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya.
Bagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya itu, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Endau. -- Bernama
Bernama
Wed Nov 02 2016
Pada 19 Okt lalu, Mohamad Roshamnudin didakwa ditemukan dalam keadaan terbaring dengan kakinya dihempap tong air di bilik air rumahnya oleh ibunya. - Gambar hiasan
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Penganggur tidak mengaku subahat kes rogol adik ipar
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu.
Rogol bergilir-gilir: Polis tahan abang ipar mangsa
Suspek kini direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan.
Polis buru lima lelaki rogol berkumpulan
Supt Ashari berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia lingkungan 20an itu, pada 4.52 pagi.
Mayat suspek larikan kenderaan ditemui reput di ladang kelapa sawit
Mayat lelaki itu yang dipercayai meninggal dunia tiga minggu lalu ditemui seorang penduduk kampung kira-kira jam 5 petang.
Pemuda maut ditembak abang ipar disangka musang ketika berburu
Pihaknya menerima laporan berhubung kes itu selepas suspek, yang juga abang ipar mangsa, tampil ke balai polis untuk menyerah diri pada pagi Ahad.
Ibu, bapa tiri, bapa saudara didakwa bunuh anak OKU di Mersing
Seorang suri rumah bersama suami dan abang iparnya didakwa di Mahkamah Majistret Mersing atas pertuduhan membunuh anaknya di rumah pasangan itu, di sini antara 18 dan 19 Okt lalu.