JOHOR BAHRU: Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membuat keputusan itu terhadap S Nagendran dan A Sangeetha yang kedua-duanya berusia 23 tahun selepas mendapati terdapat penduaan terhadap pertuduhan yang dikemukakan.
Mahkamah menetapkan hukuman ke atas pasangan itu dijatuhkan pada Rabu, namun Timbalan Pendakwa Raya Umar Faiz Abdul Kohar mengemukakan pertuduhan pindaan.
Kedua-dua tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dan seterusnya mohon dibicarakan.
Mengikut kertas pertuduhan, keduanya didakwa mencapai niat bersama bertindak secara cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki yang berada di bawah pemeliharaan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di rumah mereka dekat Skudai Villa Apartment, Jalan Aman, Taman Skudai Baru di sini, kira-kira 12.30 tengah malam, 28 April lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Nagendran yang juga bapa tiri kanak-kanak berkenaan dan Sangeetha pula ibu kepada kanak-kanak itu diwakili peguam Tuan Nur Izza Natasha Tuan Rosidi.
Pihak pendakwaan dijangka mengemukakan pertuduhan baharu ke atas dua-dua tertuduh pada Khamis. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 07 2023
![Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686121508_Pasangan.jpg)
S Nagendran (kiri) dan A Sangeetha (kanan) dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto Sinar Harian
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
![Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739937540_TBkebakaran.jpg)
Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
[TERKINI] PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bahrain tengah malam ini, untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa.
![Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739935315_tbSambalBuduDurian.jpg)
Suami isteri warisi sambal budu durian, resipi turun-temurun hampir empat dekad
Ibnu Sina Osman dan isteri meneruskan pembuatan Sambal Budu Durian, resipi keluarga hampir empat dekad diusahakan di Kelantan.
![Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738664694_TBAZALINA.jpg)
Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.
![KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732030175_TBRUBIAHWANG.jpg)
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Tahun ini RM464.45 juta diperuntukkan untuk membina 2,703 PPRS baharu dan 10,281 bagi membaik pulih.
![Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689249345_Takfahamlatihand.jpg)
Tak faham latihan, murid Tahun Tiga cedera dipukul ibu tiri
Gara-gara tidak memahami latihan yang diajar, seorang murid Tahun Tiga terpaksa menanggung kesakitan kerana cedera pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul ibu tirinya.
![Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686121508_Pasangan.jpg)
Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.
![Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51684487194_SuamiIsteriDitaha.jpg)
Cederakan anak dengan parang, tukul besi, ibu kandung, bapa tiri dihadap ke mahkamah
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyebabkan kecederaan terhadap anak lelaki mereka menggunakan parang dan tukul besi tahun lalu.
![Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71680150579_TBDERAANAK.jpg)
Petani mengaku tidak bersalah dera anak tiri
Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Kangar hari ini, atas pertuduhan mendera anak tiri di sebuah rumah di Jejawi, Arau pada awal bulan Mac.
![Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/51581654107_Deraanak.jpg)
Suami isteri mengaku tidak bersalah dera anak
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak pertengahan tahun lepas.
![Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41575710548_WanitaDera.jpg)
Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.
!['Boy Tiger' didakwa dera, bunuh anak tiri 'Boy Tiger' didakwa dera, bunuh anak tiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/71542887259_bunuhanaktiri.jpg)
'Boy Tiger' didakwa dera, bunuh anak tiri
Lelaki berusia 31 tahun itu juga akan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak bagi menjalani pemeriksaan mental selama 30 hari.