MELAKA TENGAH: Seorang wanita bersama bayi lelakinya cedera selepas dihempap sebatang pokok rhu ketika sedang berkelah di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, pokok berkenaan menghempap belakang kepala mangsa yang sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tersungkur dan tersembam ke pasir.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Kadi berkata ketika kejadian, suami bersama dua lagi anak wanita itu sedang bermandi di pantai.
“Ketika kejadian itu, mangsa sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan di bawah pohon rhu itu manakala suami dan dua lagi anaknya sedang bermandi-manda.
“Secara tiba-tiba dahan pokok itu menghempap belakang kepala ibu kanak-kanak itu sehingga menyebabkan kedua-dua mereka tersungkur dan tersembam ke dalam pasir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mengulas lanjut ujarnya, orang ramai kemudian membantu mengalihkan dahan pokok berkenaan dan mengorek pasir bagi menyelamatkan kedua-dua mangsa terlibat.
Tambahnya sebagai langkah awal, pihaknya telah berhubung dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Datuk Zainal Abu untuk memotong sebahagian pokok rhu yang berisiko tumbang kerana sudah berusia lebih 23 tahun.
“Semua pokok rhu di sini sebenarnya sedang dalam tindakan untuk dicantas dan ditebang oleh pihak berkuasa, namun kejadian ini berlaku di luar kawalan.
“Kawasan ini juga akan ditutup daripada sebarang aktiviti perkhemahan dan perkelahan buat sementara waktu bagi mengelak kejadian berulang,” tambahnya.
Shuhada Abdul Kadir
Sat Nov 12 2022

Seorang wanita bersama bayi lelakinya cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika sedang berkelah. - Foto ihsan pembaca
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

Ibu, bayi cedera dihempap pokok ketika berkelah
Seorang wanita bersama bayi lelakinya cedera selepas dihempap sebatang pokok ketika sedang berkelah.