Hati ibu mana yang tidak luluh apabila terpaksa melihat anak yang baru hendak mengenal dunia terpaksa menanggung kesakitan akibat penyakit yang dihidapi.
Itulah yang ditanggung Hazura Kamal Santhirasehar, 24 tahun, yang bingung dengan keadaan yang menimpa anaknya.
Maryam Batrisya Abu Kassim, baru berusia dua bulan, ditimpa penyakit 'misteri' di mana anak kecil ini menitiskan air mata darah hampir setiap hari.
Hazura berkata, penyakit yang dialami anaknya itu mula dikesan sejak kanak-kanak itu berusia lima hari.
Katanya, pada ketika itu, dia dan suami Abu Kassim Mahmuddin, 39 tahun, terkejut apabila melihat anak mereka menangis air mata darah.
Bercerita lanjut, ibu kepada lima anak ini berkata pada awalnya hanya mata kiri Maryam Batrisya yang mengeluarkan air mata darah.
Namun selepas mendapatkan rawatan hospital, mata sebelah kiri tidak lagi mengeluarkan air mata darah tetapi merebak pula ke mata kanan.
“Sejak umurnya lima hari, matanya merah. Mula-mula sebelah kiri, kemudian dalam seminggu sudah sembuh, sebelah kanan pula. Yang sebelah kanan itu sampai sekarang kerap berdarah.
Menurutnya lagi, dia kini buntu dengan keadaan yang menimpa Maryam Batrisya yang masih gagal diubati walaupun setelah berulang kali mendapatkan rawatan.
“Sudah dua kali discaj dari sini…memang kadang-kadang keadaan mata dia okey, kemudian jadi balik. Tidak terkiralah kerapnya, mungkin dalam 20 kali,” kata Hazura.
Katanya, setiap kali ingin membersihkan darah di mata anaknya itu, dia akan menggunakan sekurang-kurangnya empat batang putik kapas.
Katanya, meskipun sudah beberapa kali dimasukkan ke hospital, namun anaknya masih lagi mengalami sakit mata selain kornea yang menjadi merah.
Sehingga kini, Maryam Batrisya masih lagi mendapatkan rawatan di Hospital Melaka bagi mengenal pasti punca dan rawatan terbaik.
Menurut pakar perunding mata di Jabatan Oftalmologi Hospital Melaka, Dr Raja Norliza Raja Omar, kanak-kanak ini menghidap jangkitan kuman pada kornea mata.
Katanya, ini merupakan perkara biasa kepada seseorang apabila dijangkiti kuman dan situasi itu merupakan tindak balas untuk mengeluarkan kotoran di dalam mata.
“Adik Mariam ini menghidap penyakit ‘Pseudomembranous Conjunctivitis’, lapisan yang menutupi bahagian mata putihnya berpenyakit. Jadi setiap kali kita buang, ia akan berdarah. Itu perkara biasa,” kata Dr Raja Norliza.
Jelasnya, penyakit ini tidak berbahaya, namun sekiranya bayi tidak mendapat rawatan susulan serta penjagaan rapi, ada risiko bayi boleh menjadi buta.
Raffi Bachik
Mon Aug 15 2016
Maryam Batrisya Abu Kassim, baru berusia dua bulan, ditimpa penyakit misteri di mana anak kecil ini menitiskan air mata darah hampir setiap hari.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri berangkat ke Majlis Penutup Tilawah Al-Quran
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.
Skim Rumah Ibu bantu penduduk miliki kediaman mampu milik
Sebanyak 200 penduduk bakal menerima manfaat melalui tawaran pemilikan rumah mampu milik di bawah Skim Rumah Ibu di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Bukit Kinding, Tanjung Rambutan, di sini.
Tuduhan rasuah: Mohd Arifin anggap perkara biasa dalam politik, akan dijawab dengan kebaikan
Mohd Ariffin juga yakin kontroversi yang mengaitkannya dengan isu rasuah tidak akan 'memberi ancaman' kepada keyakinan rakyat menjelang PRN akan datang.
Perbaiki terma perkhidmatan jururawat berbanding longgar syarat kemasukan - MMA
MMA menggesa kerajaan agar memberi tumpuan kepada penambahbaikan kepada terma perkhidmatan dan imbuhan jururawat berbanding melonggarkan syarat kemasukan ke program diploma kejururawatan.
Tindakan lebih tegas perlu untuk perangi vape, ketagihan dadah dalam kalangan pelajar - Lee
Peningkatan gejala vape dan kes ketagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah telah menimbulkan kebimbangan yang serius, sekali gus menuntut tindakan segera bagi melindungi generasi masa depan.
Perodua tingkat perbelanjaan modal kepada RM1.6 bilion pada 2025
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) meningkatkan perbelanjaan modal (capex) kepada RM1.6 bilion tahun ini.
Visi perpaduan Tunku Abdul Rahman kekal relevan - Aaron
Visi perpaduan dalam kepelbagaian yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj masih relevan sehingga ke hari ini.
MyGas 2025 tumpu usaha tangani cabaran pembiayaan dalam industri gas
MyGAS 2025 akan memberi tumpuan kepada cabaran kritikal yang dihadapi industri gas iaitu mendapatkan pembiayaan bagi projek berkaitan gas dalam landskap tenaga yang sentiasa berubah.
Keganasan lebih buruk akan berlaku di timur Congo - Ketua Hak Asasi Manusia PBB
Aktivis hak asasi manusia melaporkan penganiayaan oleh pemberontak dan tentera Rwanda.
Ibu buntu, bayi tidak henti menangis air mata darah
Maryam Batrisya Abu Kassim, berusia dua bulan, ditimpa penyakit misteri di mana anak kecil ini menitiskan air mata darah hampir setiap hari.