KUALA LUMPUR: Terpedaya dengan tawaran pekerjaan di luar negara yang menjanjikan pulangan lumayan, namun akhirnya 'terjebak' sebagai pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan dalam talian.
Itu nasib yang menimpa sembilan lelaki rakyat Malaysia yang kini dipercayai berada di Laos dan mendakwa turut dikurung dan dipukul oleh 'majikan' mereka.
Ibu seorang daripada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Wendy mendakwa anaknya yang berusia 23 tahun itu sebelum ini mendapat pekerjaan di Dubai pada Februari lepas.
Menurut wanita berusia 43 tahun itu, dia tidak mengetahui pekerjaan anaknya namun sering mendapat panggilan video dan telefon daripada anaknya ketika berada di Dubai.
"Pada April tahun ini, anak ada telefon dan beritahu dia bersama lapan rakannya berada di Laos dan masih boleh dihubungi.
"Saya terkejut apabila pada Jun lepas, dia beritahu mahu lari daripada syarikatnya bekerja kerana tidak diberikan makanan dan minuman akibat tidak mahu menjadi telefon scammer (pegawai khidmat pelanggan sindiket penipuan)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Wendy berkata dia turut menerima gambar yang memaparkan kecederaan yang dialami anak dan rakan anaknya serta hanya menunggu anaknya itu untuk menghubunginya.
Dia yang bimbang dengan keadaan itu sudah membuat laporan polis dan berharap anak tunggalnya dapat dibantu dan dibawa pulang ke tanah air segera.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut pada Rabu lepas dan satu kertas siasatan telah dibuka.
Sebelum ini, seramai 16 rakyat Malaysia dipaksa bekerja sebagai 'scammer' oleh satu sindiket di Preah Sihanouk di Kemboja setelah terpedaya dengan iklan pekerjaan dan diselamatkan pada 5 April lepas.
Pada 12 April, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata pihaknya menerima 35 laporan melibatkan 45 warga Malaysia yang dipercayai terkandas di luar negara seperti Myanmar, Thailand dan Laos disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut pada Rabu lepas dan satu kertas siasatan telah dibuka.- Gambar hiasan
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Terpedaya 'phone scam', pesara rugi lebih RM100,000
Akibat takut dan panik, mangsa pindahkan RM45,000 daripada akaun Tabung Haji ke akaun baharu itu selain membuat pinjaman peribadi RM50,000.

Remaja warga Jepun antara mangsa sindiket penipuan pekerjaan yang dibebaskan di Myanmar
Seorang remaja lelaki warga Jepun berusia 16 tahun telah diselamatkan daripada sindiket penipuan di Myanmar berhampiran sempadan Thailand.

Pesara, guru rugi lebih RM100,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah
Seorang pesara wanita kerugian RM66,000 manakala guru lelaki pula hilang wang simpanan RM43,750 akibat diperdaya sindiket penipuan cabutan bertuah di laman Facebook.

Pelajar rugi lebih RM110,000 terperdaya sindiket panggilan telefon
Mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai wakil dari kedutaan China pada 13 Januari lepas.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Dua warga emas rugi lebih RM5 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Salah seorang mangsa mula menyertai pelaburan dikenali sebagai Efa Trade yang didakwa mampu memberikan pulangan lumayan.

Pengarah syarikat rugi RM2.1 juta terperdaya penipuan pelaburan tidak wujud
Mangsa tertarik dengan tawaran platform berkenaan berhubung pelaburan matawang kripto yang dijumpai menerusi iklan di laman Facebook.

Polis Miri tumpaskan dua sindiket penipuan
Polis berjaya menumpaskan dua sindiket penipuan susulan penahanan 11 individu termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan pada 8 dan 10 Jan lepas.